t>

Breaking News

Kronologi Kluster Bangau-Bang@u.

Kronologi | Kluster Bangau-Bangau ini pertama kali diumumkan oleh KKM pada 22 September selepas dikesan pada 21 September 2020 di Hospital Semporna.


2. Kes ini dikesan bermula pada kes #kes10340, #kes10341, #kes10342, #kes10343, dan #kes10344.

3. Dari lima kes, empat melibatkan warganegara manakala 1 bukan warganegara.

4. Kesemua mereka dilaporkan tidak bergejala dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan susulan.

5. Hospital Semporna juga telah menjalani proses nyahkuman selepas lima kes positif covid19 dikesan.

6. Pada 23 September, kes dari kluster Bangau-Bangau meningkat sebanyak lapan kes.

7. Dan naik mendadak pada 24 September sebanyak 47 kes baharu dikesan.

8. Dan semakin teruk pada 25 September dengan peningkatan sebanyak 74 kes baharu. Pada ketika ini juga KKM mengumumkan 44 dari 134 keseluruhan kes merupakan warga Pilipin dan selebihnya warga tempatan.

9. Pada 26 September, KKM memaklumkan 26 kes dari Kluster Bangau-Bangau dan ia menunjukkan trend penurunan seketika. Namun pada 28 September, terdapat peningkatan kes positif sebanyak 46 kes baharu.

10. Dan pada 29 September, Kluster Bangau-Bangau terus menunjukkan trend kenaikan yang drastik dengan 51 kes baharu dilaporkan.

11. Selain itu KKM turut berasa bimbang kerana kluster ini mempunyai kebolehjangkitan yang agak tinggi iaitu sebanyak 65.65%.

12. Daripada 421 individu yang disaring, sebanyak 276 dikesan positif, bermakna lebih dari separuh didapati telah dijangkiti covid19.

13. KKM juga memaklumkan wabak tersebut telah pun berada dalam komuniti dan telah menjangkiti ramai individu.

14. Sekatan jalan dan PKPDB di Lahad Datu, Semporna, Tawau, Kunak, akan dilaksana sehingga 12 Oktober 2020.

15. Sehingga kini, KKM belum lagi memaklumkan punca kepada terjadinya Kluster Bangau-Bangau.

Marilah kita sama-sama berdoa agar penularan covid19 di Sabah akan berjaya dibendung oleh KKM. - 30 September 2020.