t>

Breaking News

Kerana B@ntu Mahasiswa UPSI, Ustaz Ebit Lew Diarah Minta Maaf Oleh Naib Kaunselor.

VIRAL | Sosial media kecoh hari ini gara-gara tekanan yang dikenakan ke atas pendakwah popular tanahair, Ustaz Ebit Lew yang diarahkan meminta maaf kerana membantu beberapa pelajar UPSI dengan menyediakan bantuan pengangkutan, bas awam.

Menulis di halaman Facebooknya, Ustaz Ebit Lew berkata beliau diarahkan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka oleh Naib Kaunselor UPSI berikutan membantu para pelajar pulang ke rumah masing-masing selepas KPT mengarahkan pembatalan pelajar baru dan semasa secara tiba-tiba sehingga menyebabkan sebilangan pelajar terkandas, disebabkan angka #Covid19 yang semakin meningkat.

"Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran upsi terutama vice cancelor Prof Dato sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka. 

Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga. Saya tengok pelajar macam anak-anak saya sendiri. Saya terpaksa tangguhkan 20 bas. 

Asal saya niat buat semua ini untuk pelajar berdasarkan keluhan saya tanggung dan dengari. Sebab dulu saya berhari-hari lapar tu biasa. Saya memang jarang balik kampung sebab tiada duit. Selalu tidur masjid jer dulu. Makan pun tumpang dekat masjid.

Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu. Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam. 

Syukur bas yang bergerak pun dah sampai selamat. Biasa naik bas bayar tapi kali ini free dan lebih tersusun dan tak perlu nak ke bus stop dan naik train. Saya tangguhkan 20 bas sehingga di beri kelulusan," katanya dalam kenyataan itu.

Selepas dikemaskini, kurang dari 2 jam, post tersebut telah dikongsikan sebanyak 5,000 kali dan kini sebanyak 10,000 pengguna sosial media berkongsikan luahan kesedihan Ustaz Ebit Lew di Facebook masing-masing.


Ia juga dibanjiri lebih dari 16,000 komen-komen yang mengecam pengurusan dan MPP UPSI yang dianggap berniat memalukan dan menyusahkan proses membantu mahasiswa terkandas pulang ke kediaman masing-masing.

Setakat ini UPSI masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjawab dakwaan tersebut. Malahan Naib Kaunselor yang mengarahkan Ustaz Ebit Lew membuat permohonan maaf terbuka juga belum memberikan apa-apa kenyataan terbuka bagi menjawab isu tersebut. 

Sebagai rekod, semalam Ustaz Ebit Lew telah berkongsikan beberapa gambar yang merujuk kepada pelajar UPSI yang dihantar pulang ke Pantai Timur dengan menggunakan bas ekpress. Bas ekpress itu disewakan oleh Ustaz Ebit Lew bagi membantu pelajar yang terkandas di universiti untuk pulang ke rumah masing-masing, itupun selepas mereka meminta bantuan dari Ustaz Ebit Lew sendiri. - 4 Oktober 2020.