t>

Breaking News

#Covid19 - Kronologi Kluster Benteng.

#Covid19 | Kluster ini telah dikenal pasti pada 1 September 2020.

1. Ia bermula dari dua (2) orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang ditahan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Sabah pada 24 Ogos 2020. Ia merujuk pada kes #9344 dan #9345.


2. Mereka disaring dan didapati positif COVID-19 pada 31 Ogos 2020.

3. Kes dimasukkan ke Hospital Lahad Datu dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat dijalankan.

4. Dalam tempoh tujuh (7) hari, seramai 1,404 orang telah disaring dan 66 kes positif COVID-19 dikesan dengan kadar positiviti sebanyak 4.7%.

5. Daripada 66 kes positif COVID-19 dalam kluster ini, sebanyak 64 kes melibatkan banduan (97.0 peratus) manakala dua (2) lagi kes (3.0 peratus) merupakan seorang pegawai penjara dan anak saudaranya.

6. Jumlah saringan yang telah dilaksanakan bagi kluster ini melibatkan;

• 631 orang banduan;
• 98 orang kakitangan penjara;
• 157 orang ahli keluarga kakitangan dan banduan;
• 78 anggota polis; dan
• 440 orang pegawai agensi kerajaan yang lain.

7. Kluster ini melibatkan dua (2) daerah di Sabah iaitu di Lahad Datu dan Tawau.

8. Daripada jumlah kes positif COVID-19 kluster ini, 30 kes (45.5 peratus) merupakan warganegara Malaysia.

9. Dan 36 kes (54.5 peratus) bukan warganegara (setakat 7 September 2020).

10. Pecahan saringan mengikut daerah yang terbabit adalah seperti berikut;

i. Lahad Datu (420 orang disaring);

• 50 kes dikesan positif COVID-19 (22 warganegara, 28 bukan warganegara),

• 337 individu negatif dan,

• 33 individu masih menunggu keputusan.

ii. Tawau (984 orang disaring);

• 16 kes dikesan positif COVID-19 (8 warganegara, 8 bukan warganegara),

• 230 individu negatif dan,

• 738 individu masih menunggu keputusan.

11. Pada 7 September 2020, sebanyak 50 kes dikesan positif COVID-19 dari kluster ini.

12. Berdasarkan analisa risiko yang dijalankan, faktor penularan COVID-19 bagi kluster ini adalah ruang lokap yang sesak dan sempit. 

13. Didapati penjarakan fizikal tidak diamalkan. Ini merupakan penyumbang utama penularan jangkitan COVID-19 di kalangan banduan. 

14. Justeru KKM menasihati  semua pihak perlu memastikan kepatuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah penting dan harus diamalkan sepanjang masa tanpa mengira tempat. - 8 September 2020.