t>

Breaking News

Kronologi K*m@tian Abdul Aziz Aznam, Anggota Tentera Darat Yang Dipercayai Dib#li.

KRONOLOGI | Anggota tentera darat, Abdul Aziz Aznam, yang baru berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia pada Ahad jam 2.30 petang selepas sembilan hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNI akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Dan berikut adalah kronologi kejadian;

1. Pada 29 Ogos 2020, keluarga adik Abdul Aziz Aznam mendapat perkhabaran bahawa Abdul Aziz terjatuh dari tingkat tiga bangunan kuarters tentera pada jam 3 pagi.

2. Susulan dari tragedi itu, Abdul Aziz Aznam dimasukkan ke dalam ICU, di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat, Johor.

3. Abdul Aziz Aznam bera dalam keadaan cedera parah di kepala dan anggota badan dan tidak sedarkan diri selama sembilan hari sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang pada 6 September 2020.

4. Pada awalnya terdapat pihak yang spekulasikan kematian arwah ada kaitan dengan kemurungan dan tekanan perasaan.

5. Bagaimanapun satu persatu kisah disebalik kejadian mula terbongkar - dan kali ini ia dikaitkan dengan kejadian buli yang berlaku di kuarters tentera.

6. Menurut abang kepada Abdul Aziz, Mohamad Amirulnaim, 23 tahun, berkata;

- adiknya itu bercita-cita mahu menjadi anggota tentera bagi mengikuti jejak langkah bapanya yang meninggal dunia pada 2 tahun lepas.

Abdul Aziz mulai menjalani latihan ketenteraan pada Disember 2018.

- Bagaimanapun selepas menjalani latihan, arwah seringkali mengadu tidak tahan dibuli. Perkara itu semakin ditekankan pada Disember 2019.

"Saya perasan sejak Disember tahun lepas, dia selalu cakap tak tahan duduk sana, hari-hari kena,"Mohamad Amirulnaim.

- Akhirnya arwah mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dan tidak lagi pergi ke kem tersebut. Arwah duduk di rumah lebih kurang enam bulan dan berasa gembira.

- Arwah juga menyatakan hasrat untuk berhenti menjadi anggota tentera dan kerana tak sampai hati maka keluarga tidak menghalang hasrat arwah.

- Bagaimanapun pada 28 Ogos arwah perlu melapor diri ke kem. Keluarga menghantar arwah ke kem dengan harapan arwah dapat menguruskan proses tamat perkhidmatan.

- Kurang dari 24 jam, pada pukul 3 pagi, keluarga mendapat panggilan telefon arwah terjatuh dari bangunan tingkat tiga. (Kejadian jatuh dipercayai berlaku pada atau sebelum pukul 12 tengah malam hari 28 Ogos).

- Arwah seterusnya dimasukkan ke dalam hospital dan berada dalam keadaan koma 9 sembilan hari sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 6 September.

- Arwah kemudiannya dibedahsiasat dan dikebumikan pada 8 September di Tanjung Rambutan, Ipoh, Perak.

7. Di portal Berita Harian pula melaporkan kenyataan sumber yang tidak didedahkan identitinya.

8. Laporan itu menyatakan;

- Arwah sering dibuli dengan cara pipinya digosokkan dengan berus besi dan seringkali ditumbuk.

- Terdapat parut di wajah arwah.

- Semasa arwah pulang ke rumah di Ipoh, arwah berada dalam keadaan tidak terurus. 

"Parut luka berkenaan dipercayai akibat digosok dengan berus besi dan mangsa didakwa sering kali ditumbuk ketika berada di kem.

"Arwah lari dari kem sebab tak tahan kena 'ragging' dan dia balik ke kampung dengan keadaan yang tidak terurus.

"Arwah ada menunjukkan gambar yang diambilnya terdapat kesan lebam-lebam lama di keseluruhan bahagian badan dan dia menyatakan tidak tahan kerana diperlakukan begitu," - Sumber Berita Harian.

- Sumber juga memaklumkan, arwah secara sukarela pergi semula ke kem selepas dinasihati keluarganya.

"Ahli keluarga sudah menasihatkan mangsa supaya pulang semula ke kem dan dia pun suka rela melakukannya.

"Arwah dihantar ke kem berkenaan dan waktu itu keadaan kesihatannya baik dan sempurna.

"Keesokan harinya, kira-kira 3 pagi saya dan ahli keluarga dihubungi seorang pegawai tentera yang memaklumkan Allahyarham jatuh dari bangunan tingkat tiga di kem.

"Pegawai berkenaan menyatakan bahawa pada jam 12 tengah malam mangsa dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada serta dalam keadaan kritikal," - Sumber Berita Harian.

- Sumber juga memaklumkan : "Ahli keluarga terus membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya dan mengharapkan pihak ATM bertanggungjawab untuk membuat tindakan lanjut.

"Ahli keluarga meminta pihak hospital membuat laporan perubatan yang telus ke atas mangsa yang dipercayai dibuli, dera dan berlaku khianat ketika mangsa berada di kem tentera berkenaan".

9. Sementara itu kakak kepada arwah meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai kematian adiknya itu.

10. Azlinna Aznam, 24 berkata : “Sekarang kes melibatkan Abdul Aziz dalam siasatan polis, biarlah polis siasat.

“Apapun kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memudahkan urusan pengebumian Abdul Aziz”.

11. Dalam pada itu, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi  Buang dipetik sebagai berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci sebelum membuat apa-apa penjelasan mengenai kematian adik Abdul Aziz Aznam.

Rujukan;

https://www.sinarharian.com.my/article/100091/BERITA/Tragedi/Adik-tak-tahan-hari-hari-kena

https://www.utusan.com.my/nasional/2020/09/jenazah-abdul-aziz-selamat-dikebumikan/

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/09/728842/pipi-arwah-digosok-berus-besi-sering-ditumbuk