t>

Breaking News

Netizens Pelik Suspek Bebas Kes B#N#H, G!lis Di Johor.

SOSMED | Semalam portal Berita Harian melaporkan tiga suspek utama kes bunuh dan gilis yang berlaku stesen minyak di Taman Pelangi pada Disember 2017 dilepaskan dan dibebaskan kerana pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kes itu.

Berita itu agak viral dan mendapat perhatian netizens. Kebanyakan dari mereka macam tak faham dan pelik kenapa ketiga-tiga suspek tersebut dibebaskan.

Macam biasa netizens mula lah buat telahan nakal dan spekulasi mengikut pemikiran masing-masing. 

Ada yang kata pasal duit. Ada yang kata orang kaya upah peguam mahal. Tak kurang ramai juga pelik bila diberitahu CCTV yang dikemukakan sebagai bukti adalah versi kabur.

Menurut Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Shahnaz Sulaiman;

- Mahkamah mendapati bukti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang kabur dan tidak jelas untuk mengaitkan ketiga-tiga tertuduh dalam kes ini.

- Bukti asid deoksiribonukleik (DNA) yang diambil juga tidak sepadan dengan darah yang ditemui di lokasi selain tiada siasatan dilakukan terhadap bukti alibi.

Pendakwaan juga gagal mengaitkan kereta BMW yang didakwa digunakan tertuduh untuk melakukan jenayah berkenaan.

Kalau nak tahu video kejadian berjaya dirakamkan oleh orang awam yang berada di lokasi. Insiden ini berlaku pada pada jam 7.30 malam di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, 17 Disember 2017.

Ia berlaku di kawasan terbuka dan dihadapan orang ramai.

Lelaki yang mati dibunuh pada hari itu ialah Tan Aik Chai, yang berusia 44 tahun pada ketika itu.

Jika kita perhatikan, alasan penghakiman ialah CCTV kabur. DNA tidak sepadan dengan darah yang ditemui di lokasi, tiada semakan terhadap alibi dan gagal membuktikan kereta BMW yang digunakan terbabit jenayah.

Mari kita lihat barisan pendakwaan. Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suriani Ujang.


Mari kita lihat barisan peguam. Gan Jia Ji, berumur 22 tahun diwakili Datin S Freda,Che Azlin Farahannis Evani,Foo Fang Leong dan Veeranesh Babu.

Yip Kah Hou, 26, diwakili oleh Chuah Shyne Chien. Dan Woon Kian Hui, 25 diwakili Ram Karpal Singh dan Harshaan Zamani.

Mari kita kaji kemungkinan yang berlaku;

1. Sememangnya ketiga-tiga suspek tak membunuh.

2. Ada beberapa lagi suspek yang tidak ditangkap. Tidak berjaya dikesan ke? Adakah ini suspek yang membunuh? Kenapa gagal dikesan?

3. Boleh jadi sememangnya bukti lemah. Tapi kenapa bukti boleh jadi lemah? Kenapa CCTV boleh kabur? Kenapa tak semak alibi? Darah di lokasi kejadian bukan milik suspek? Semestinya suspek kena berdarah ke baru boleh dianggap berada di lokasi?

Adakah pendakwaraya akan membuat rayuan? Bukankah apabila dibebas dan dilepaskan bermakna suspek dibebaskan sepenuhnya dan pada masa akan datang TIDAK AKAN LAGI BOLEH DIDAKWA ATAS KESALAHAN YANG SERUPA - jika pendakwaan enggan membuat rayuan?

Dan kita juga perlu fikirkan. Kenapa ketiga-tiga lelaki tersebut menjadi suspek dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Bukankah ini pelik? Jika tak ada bukti boleh pula buka kes dan dakwa atas 302, 109 dan 34?

Kebetulan juga kat NETFLIX ada season two STRANGER. Juga pasal polis vs pendakwaraya. Korang tengoklah dan nilaikan sendiri kelemahan-kelemahan dan kecuaian-kecuaian yang ada dalam kedua-dua agensi tersebut. Ini cakap pasal drama tau. Drama Korea. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau dah mati di Malaysia. - 7 September 2020.