MAZA, RORA Tegur Pihak Yang Halalkan Kesalahan Menteri PAS.
VIRAL | Semalam portal The Malaysia Insight melaporkan ceramah Mursyidul Am PAS Tuan Guru Hashim Jasin yang menyamakan Menteri Perusahaan Dan Komoditi, Datuk Khairuddin Tatkiri umpama burung Hud-Hud ketika di zaman Nabi Sulaiman.
“Kita balik kepada hud hud tadi, yang melanggar kawalan pergerakan, dan SOP yang dikenakan ketika itu oleh Nabi Sulaiman.
“Natijah akhirnya, seorang Raja dan rakyatnya peluk agama islam. Apakah Nabi Allah Sulaiman melaksanakan SOP ke atas burung belatuk?” katanya dalam kenyataan itu.
Malah menurut TG. Hashim Jasin lagi, Khairuddin boleh dianggap sebagai hero rakyat yang menyelamatkan negara kerana membawa masuk pelaburan sawit (hal ini perlukan pengesahan samada benar atau tidak pelaburan sawit bertambah dengan lawatan menteri ke Turki).
Selain itu KKM juga dianggap melakukan kelalaian.
“Kementerian Kesihatan ada kelalailan lah, bukan ada apa, kelalaian, begitu juga Kementerian Luar, menyebabkan dia diserang. Lepas itu (pembangkang) pakat beramai-ramai minta dia letak jawatan.
“Maka takkanlah orang PAS duduk senyap. Hero rakyat yang menyelamatkan Malaysia ini, dianiaya. Takkan orang PAS pakat senyap saja. Biar dia seorang diri bela diri. Tak patut.
“Kita sepatutnya suarakan, beri sokongan, beri sokongan berdiri teguh di belakan YB Menteri Perusahan. Itu sepatutnya, biar dia terasa ada sokongan,” katanya lagi.
Meskipun tidak menyebutkan nama secara jelas, RORA dan MAZA telah membuat dua kenyataan berasingan bagi menegur perbuatan melanggar SOP di Facebook rasmi masing-masing.
"Sudahlah. Cukup-cukuplah nak wajarkan kesalahan menteri tidak ikut SOP untuk kuarantin. Dia pun telah dikompaun oleh KKM. Tidak perlu nak kaitkan kisah dia dengan kisah Hud Hud di zaman Nabi Sulaiman.
Jika beliau tidak salah masakan beliau dikompaun. Menteri itu telah pun bertanggungjawab memulangkan sebahagian dari gajinya," tulis RORA dalam kenyataan itu.
MAZA pula berkata ketidakpatuhan burung Hud-Hud sama sekali tidak mengacam nyawa rakyat, ini berbeza dengan Covid19. Kerana ia boleh menyebabkan ancaman kepada rakyat katanya pagi tadi.
"Ketidakpatuhan Hudhud sekali pun dimarahi oleh Nabi Sulaiman a.s, tidak mengancam rakyat. COVID-19 satu ancaman kepada rakyat," tulisnya. - 1 September 2020.