t>

Breaking News

Rider GRAB OKU M@ut Kem@langan, Saksi Diperlukan Bagi Membantu Si@satan.

SOSMED | Seorang GRAB Rider yang juga OKU pendengaran dan pertuturan maut kemalangan malam isnin akibat dihimpit kenderaan lain. Perkara itu didedahkan oleh rakannya di Facebook.


Dhipan Ali Michael menulis di group Grabfood Rider Melaka;

- Mangsa kemalangan lebih kurang jam 8.30 malam.

- Motor mangsa dihimpit oleh motor lain yang dipercayai LC berwarna hitam.

- Perbuatan itu kemudiannya membuatkan mangsa hilang kawalan lalu terlanggar divider.

- Kenderaan yang menghimpit mangsa berhenti sekejap untuk menjenguk mangsa dan kemudiannya berlalu pergi.

- Pada awalnya mangsa berada dalam keadaan kritikal. Namun disahkan meninggal dunia.

- Mangsa memiliki 4 cahaya mata dan isterinya sedang mengandungkan anak yang kelima.

- Mangsa juga adalah OKU pendengaran dan pertuturan.

- Kemalangan berlaku di roundabout Klebang, dan saksi diminta tampil ke hadapan bagi membantu mangsa mendapatkan pengadilan buat dirinya.


Diharapkan saksi kejadian dapat tampil ke hadapan bagi membantu siasatan. Untuk arwah Zul, semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. - 29 September 2020.