t>

Breaking News

Lebih 70 Projek Mega Negara Dibo|ot China, Prof Zainur Rashid Luah Kebimbangan.

SEMASA | Prof. Dr. Zainur mengutarakan beberapa persoalan mengenai projek-projek mega negara yang dianugerahkan kepada China di Facebooknya hari ini.

Menurut Prof itu, sekurang-kurangnya ada 70 projek mega dan lebih dianggarkan bernilai RM700b sedang dikuasai syarikat besar China dan berjalan pesat di negara ini.


Berikut adalah kenyataan penuh Prof Dr. Zainur Rashid Zainuddin;

Semuanya dibolot syarikat negara China

Ada lebih 70 projek mega yang menelan belanja lebih 700 bilion yang sedang berjalan pesat di seluruh negara yang dikuasai oleh syarikat-syarikat besar China.

Siapakah yang kuasai projek Melaka Gate-Way?

Siapakah yang kuasai projek-projek mega di Iskandar Puteri seperti Forest City yang menelan belanja berbilion RM?

Siapakah yang kuasai projek pelabuhan Kuantan ?

Siapakah yang sedang mengaut keuntungan berbilion ringgit daripada lombong-lombong emas di Pahang dan Kelantan ?

Siapakah yang kuasai projek ECRL dengan kos puluhan bilion?

Siapakah yang diberikan lesen pembinaan Xiamen University di Sepang yang akan menampung sehingga 10,000 mahasiswa terutamanya daripada China?

Siapakah yang diberikan projek mendalamkan sungai di Pahang selama 40 tahun dan diambil hasilnya seumpama thorium untuk dibawa pulang ke negara mereka?

Soalan saya lagi :

Berapa ramai puluh atau ratus ribu pelancong dan pendatang dari China yang tidak kembali pulang?

Apa tindakan kita dengan pencerobohan oleh kapal pengintip dan kapal armada China di Laut China Selatan?

Saya berpandangan bahawa negara Malaysia harus dikendali dengan lebih berhati-hati agar tidak dijarah sehingga hilang kedaulatannya kepada kuasa besar China.

Para pemimpin negara dan di peringkat negeri mesti dahulukan agenda agama, bangsa dan masa depan negara, atau bakal menyaksikan negara kita terjual sedikit demi sedikit sehingga terjajah keseluruhannya!

Marhein prihatin,

Zainur Rashid Z - 18 September 2020.

Pautan : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/projek-mendalamkan-sungai-di-pahang-ambil-tempoh-40-tahun-122718