t>

Breaking News

Sek@tan Masuk Malaysia Dari Negara Yang Lebih 150,000 Kes #Covid19.

SEMASA | PUBLIC HEALTH MALAYSIA Mulai hari ini, rakyat dari negara yang mencatatkan kes positif Covid-19 melebihi 150,000 TIDAK DIBENARKAN untuk masuk ke Malaysia.

Keputusan ini berikutan kenaikan kes COVID-19 secara mendadak di negara terbabit dan lebih membimbangkan musim sejuk yang bakal tiba.

Kita jaga kita, sempadan kena jaga juga.

Antara negara yang disekat memasuki Malaysia ialah;

Amerika

Brazil

India

Peru

Colombia

Mexico

Itali

Indonesia

Arab Saudi

Chile

Iran

Pakistan

Turki

Perancis

Sepanyol

Bangladesh

Argentina

Berikut ialah senarai penuh;


Sebelum ini BERNAMA ada melaporkan tindakan terkini Malaysia itu pada Jumaat lepas dan ia akan dikuatkuasakan bermula Isnin - 7 September 2020;
Kerajaan tidak membenarkan rakyat dari negara yang mencatatkan kes positif COVID-19 melebihi 150,000 untuk masuk ke Malaysia bermula Isnin ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata antara negara dalam senarai sekatan itu ialah Amerika Syarikat, Brazil, Perancis, United Kingdom (UK), Sepanyol, Itali, Arab Saudi, Rusia dan Bangladesh, selain tiga negara yang diumumkan Selasa lalu iaitu India, Indonesia dan Filipina.

"Kita akan tambah lagi (senarai negara) yang dianggap berisiko tinggi,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kempen Pembudayaan Norma Baharu, di sini, hari ini.

"Kecuali jika kes melibatkan kecemasan atau urusan berkaitan hubungan dua negara. Bagaimanapun, ia perlu mendapat kebenaran Jabatan Imigresen,” katanya.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan akan mengumumkan lebih lanjut mengenai senarai negara yang merekodkan kes positif COVID-19 melebihi 150,000.

Kelmarin, Ismail Sabri mengumumkan sekatan kemasukan pemegang pas jangka panjang dari India, Indonesia dan Filipina ke Malaysia bermula 7 Sept ini berikutan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 di negara berkenaan.

Sekatan itu merangkumi enam kategori iaitu mereka berstatus pemastautin tetap (PR), Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), ekspatriat termasuk pemegang pas lawatan profesional (PVP) dan pemegang pas residen.

Turut disekat ialah pasangan kepada warganegara Malaysia dan anak-anak mereka serta pelajar dari ketiga-ketiga negara berkenaan yang ingin kembali ke Malaysia.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata kerajaan tiada halangan untuk membenarkan rakyat Malaysia dari negara berisiko tinggi untuk pulang namun mereka tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu kuarantin wajib 14 hari.

Jadi pada yang terlepas pandang berita pada Jumaat lepas boleh la ambil peduli arahan terbaru dari kerajaan. Arahan ini bertujuan untuk membendung penularan wabak #Covid19. Bersama-sama kita bantu KKM untuk bendung #Covid19 dari berleluasa. - 7 September 2020