t>

Breaking News

KKM Telah Tambahkan Petugas Selepas Adu@n Di Sosial Media.

SEMASA | Jumlah petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan peralatan saringan Covid19 di KLIA dan klia2 akan ditambah bagi mengurangkan kesesakan proses saringan individu yang tiba dari Sabah.

Menterinya Dr Adham Baba telah mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor untuk menambah bilangan petugas dan peralatan bagi melancarkan proses saringan.

Terdahulu,  Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan waktu menunggu yang panjang bagi penumpang dari Sabah menjalani saringan Covid19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bukan disebabkan kekurangan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) tetapi disebabkan jumlah penumpang yang ramai.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setiap penumpang akan menjalani saringan antara 10 hingga 15 minit sahaja tetapi gilirannya mungkin mengambil masa kerana penumpang yang ramai.

"Bagi satu kapal terbang masa yang dijangka diambil ialah sekurang-kurangnya dua jam, mungkin lebih. Kalau lebih daripada satu kapal terbang iaitu tiga atau empat kapal terbang yang tiba ia mungkin mengambil masa panjang.

"Masalah yang berlaku ialah kerana ramai penumpang. Jadi kena tunggu dan bersabar," katanya mengulas mengenai aduan dan laporan terdapat penumpang yang terpaksa menunggu sehingga enam jam untuk menjalani ujian Covid19.

Baca : 3 Jam Terkandas di KLIA2 Tanpa Arahan Jelas

Semalam, beberapa netizens membuat aduan maya kerana terpaksa menunggu lama bagi menjalani saringan Covid19 selepas tiba dari Sabah.

Bermula 27 September, setiap yang pulang dari Sabah diwajibkan menjalani saringan Covid19 berikutan peningkatan kes secara mendadak sehingga mencecah 3 angka. - 28 September 2020.