t>

Breaking News

#Covid19 : Kronologi Kluster Bah Puchong.

Kronologi | Pada 7 Oktober 2020, Kementerian Kesihatan telah mengumumkan dua kluster baharu dan salah satu darinya ialah Kluster Bah Puchong.

Berdasarkan kenyataan rasmi KKM, kluster tersebut telah dikenal pasti di Selangor iaitu di daerah Petaling dan di Perak iaitu di daerah Larut, Matang dan Selama serta daerah Kinta. 

1. Kes indeks bagi Kluster Bah Puchong ialah #kes13061, #kes13065 dan #kes13069.

2. Kesemua kes indek tersebut dikenalpasti positif #Covid19 pada 5 Oktober 2020 selepas disaring kerana pulang dari kawasan berisiko tinggi iaitu, Sabah. 

3. Kesemua kes indeks telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

4. Rentetan dari keputusan tersebut, tindakan susulan telah dilakukan oleh KKM dengan menghubungi kontak rapat bagi menjalankan proses saringan.

5. Hasil saringan kontak rapat mendapati dua lagi kes positif #covid19 ditemui di Perak iaitu di daerah Larut, Matang dan Selama serta daerah Kinta. Kesemua mereka kemudiannya dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak.

6. Sehingga 10 Oktober 2020; 

- 54 orang telah disaring,

- 6 kes baharu ditemui pada hari ini menjadikan ia 14 kes terkumpul setakat ini.

- Lokasi yang terbabit, Klang, Titiwangsa, Larut Matang, Selama, dan Kinta.

Setakat hari ini KKM belum lagi mendedahkan punca Kluster Bah Puchong.

Bagaimanapun berdasarkan kenyataa dari Exco Selangor, Ng Sze Han, Kluster Bah Puchong berpunca daripada saudara mara dari Perak yang melawat individu yang sedang menjalani kuarantin di Puchong. Berikutan itu, saudara mara mereka dari Perak dijangkiti #covid19 yang akhirnya mewujudkan kluster baharu di Perak dan Selangor.

Dinasihati kepada semua rakyat Malaysia untuk tidak sesekali melawati mereka yang dikuarantinkan apatah lagi jika mereka baru pulang dari kawasan berisiko tinggi seperti di Sabah. Pastikan menjaga kesihatan masing-masing dan terus kekal patuh SOP yang ditetapkan. - 10 Oktober 2020.