t>

Breaking News

#Covid19 - Kronologi Kluster Penjara Reman.

Kronologi | Pada 5 Oktober 2020, seorang lelaki berumur 85 tahun ditemui tidak sedarkan diri pada awal pagi dalam penjara yang terletak di Pulau Pinang.

2. Lelaki itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang, pihak hospital kemudiannya melakukan saringan dan mendapati lelaki tersebut positif #covid19.

3. Lelaki itu kemudiannya dirujuk sebagai #kes13499 dan merupakan kes indeks bagi Kluster Penjara Reman.

4. Lelaki itu juga merupakan kes kematian 141.

5. Susulan dari penemuan tersebut, saringan kontak rapat dijalankan oleh KKM.

6. Pada 6 Oktober, keputusan saringan mendapati 6 kontak rapat dijangkiti covid19. Kesemua mereka kemudiannya dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

7. Pada 7 Oktober pula, 1 lagi kes positif ditemui.

8. Setakat 10 Oktober 2020;

- 3 kes baru ditemui.

- Menjadikan ia mempunyai 17 kes terkumpul dengan satu kematian.

- Seramai 1,663 telah disaring

9. Berdasarkan maklumat Berita Harian, kes indeks bagi Kluster Penjara Reman yang juga merupakan kematian ke 141, telah duduk di sel penjara bersama 6 banduan yang lain.

10. Penyebaran Kluster Penjara Reman berada dalam keadaan terkawal dan saringan besar-besaran telah dilakukan oleh KKM.

Sehingga ke hari ini punca kes indeks Kluster Penjara Reman tidak didedahkan oleh KKM, mungkin kerana ia masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, KKM berkata pihaknya akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Orang ramai akan juga akan dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. - 10 Oktober 2020.