t>

Breaking News

Kronologi Kemalangan M@ut Di Johor Bharu, Mangsa Ada Anak Kecil Baru Lahir Kata Rakan Baik..

VIRAL | Semalam kat sosial media tular satu video yang sangat menyayat hati dimana berlakunya kemalangan yang membabitkan pertembungan tiga kenderaan di antara MYVI, HONDA ACCORD dan PROTON ISWARA.

Kemalangan bermula apabila pemandu Myvi memandu secara melulu, dengan sangat laju dipercayai kerana nak kejar traffic light hijau sehingga melanggar 2 buah kenderaan lain di persimpangan traffic light.

Kereta Honda yang dilanggar oleh pemandu Myvi itu terbalik dan pemandunya tersepit di tempat duduk. Dilaporkan juga pemandu Honda tersebut cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu Honda itu juga perlu dikeluarkan menggunakan peralatan khas bermakna beliau teruk tersepit disebabkan hentaman oleh Myvi itu.

Pemandu yang melanggar itu menaiki Myvi, tidak mempunyai lesen, cukai jalannya mati, wanita itu positif dadah dan memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan mangsa yang tak bersalah menjadi korban.

Laporan dari portal Berita Harian;

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, ujian saringan ke atas pemandu itu mendapati dia positif dadah dan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Dia yang sudah ditahan turut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sedikit kronologi kejadian dibawah neh;

- Kemalangan berlaku pada jam lebih kurang 9 pagi.

- Kereta Myvi yang melanggar itu, no platnya : JPF3431, berwarna putih dan dinaiki oleh Nur Fatin Nasrah Bin Suhaimi, berumur 23 tahun, tak mempunyai lesen kereta dan cukai jalan keretanya juga mati pada 8 Oktober lepas. Fatin juga dilaporkan tak mempunyai pekerjaan dan positif dadah. Ya, ketika kejadian, beliau sedang khayal dadah. 

- Kereta yang menjadi mangsa Fatin, Honda Accord warna putih, dipandu oleh Mohd Rizal Bin Buseri, yang baru berusia 31 tahun sahaja. Arwah bekerja sebagai Tentera Laut. Arwah meninggal dunia di tempat kejadian.

- Satu lagi kereta yang menjadi mangsa Fatin, tetapi selamat ialah Proton Iswara, yang dipandu oleh Chang Ah May berumur 78 tahun. Beliau cedera ringan. 

- Ketika kejadian, Fatin menerusi rakaman dashcam orang awam yang tular di sosial media, kita dapat perhatikan, memandu dengan sangat laju sehingga terbabas.

- Berikut di bawah neh ialah keterangan kes ataupun siasatan awal pihak polis yang tular sejak semalam;

Pada 10/10/2020 jam lebih kurang 0900 hrs telah terima makluman daripada Dcc Johor Bahru Selatan mengenai satu kemalangan maut yang melibatkan (03) buah kenderaan. (01) buah m/kar no. JPF3431 jenis Perodua Myvi warna putih, (01) buah m/kar no JMJ5558 jenis Honda Accord warna Putih dan (01) buah m/kar no JGV5200 jenis Proton Iswara Warna Hijau di Km 4, Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi (hala Kota Tinggi).

Siasatan awal dapati kemalangan dipercayai berlaku apabila (M1) yang memandu (K1) dari arah Pusat Bandar menghala ke Kota Tinggi, setibanya di lokasi kejadian iaitu di Persimpangan Lampu Isyarat Km 4 Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi (M1) dipercayai memandu di lorong tengah telah mengelak kenderaan no tidak pasti di hadapannya yang membrek secara mengejut menyebabkan (M1) mengelak ke lorong kiri Jalan dan gagal mengawal kenderaan lalu terbabas melanggar tembok batu pembahagi jalan dan melanggar (K2) dan (K3) yang berada di Persimpangan Lampu isyarat menghala ke Plaza Pelangi.

Akibat daripada perlanggaran tersebut, (K1 dan K2) telah terbalik dan mangsa (M1) mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah bagi mendapatkan rawatan manakala (M2) telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh pihak ambulans.

Tempat kejadian adalah di Persimpangan Lampu Isyarat Km 4 Jalan Johor Bahru Kota Tinggi (Hala Kota Tinggi).

Jenis jalan di Persimpangan Lampu Isyarat, (5) lorong (1) susur sebelah kiri hala ke Kota Tinggi dipisahkan oleh garisan putih putus-putus, permukaan jalan basah/licin dan cuaca selepas hujan, waktu siang.

- Gambar-gambar Fatin dan kemalangan selepas kejadian;




- Tak perlu tunggu sampai ada lesen untuk faham bahawa kita perlu berhati-hati semasa memandu. Jika mabuk, khayal, jangan bawa kenderaan. Ini common sense. Muka Fatin tu macam blur-blur je lepas kemalangan, tahu-tahu je hari ini dia dah menjadi seorang pembunuh.

-

Sahabat arwah yang turut memberikan komen dalam rakaman video kemalangan tu. Rupanya arwah baru sahaja mendapat anak kecil yang baru lahir. Bayangkan perasaan isteri arwah dan anaknya yang tidak sempat mengenal bapanya sendiri. Agaknya Fatin baca tak semua neh?

Dengar khabar, Facebook Fatin dah hilang. Kita harap pihak polis dan pendakwaraya akan mengenakan hukuman tegas ke atas Fatin. Satu nyawa terkorban di atas kecuaian Fatin dan ianya tak boleh dipandang remeh.

Mangsa dalam kes ini tiada peluang kedua. Masa depannya hilang. Beliau tak dapat lagi melihat anaknya membesar di depan mata. Ia dirampas oleh Fatin. Fatin patut bertanggungjawab caranya Fatin juga perlu hilang sebagaimana Rizal hilang nyawa. Buat perkara yang ada maafnya, boleh berpatah balik, ada peluang kedua. Untuk perkara yang tak ada jalan kembali, pelakunya juga tak perlu kembali dalam masyarakat. Mereka dipersilakan lenyap. - 11 Oktober 2020.


Sumber video netizens.