Kronologi Pembunuhan Samuel Paty Di Perancis.
KRONOLOGI | Pada 16 Oktober, dunia dikejutkan dengan kes pembunuhan Samuel Paty, 47 tahun, seorang cikgu yang mengajar murid middle-school (13 hingga 15 tahun), di kawasan luar bandar yang bernama Conflans-Sainte-Honorine, Perancis.
2. Cikgu itu telah dibunuh oleh Abdoullakh Anzorov, yang baru berusia 18 tahun. Beliau ialah pelarian yang mendapat perlindungan di Perancis. Beliau berasal dari Chechnya, Rusia dan tinggal di wilayah Eure, Perancis. Beliau dilahirkan di Moskwa pada tahun 2002. Mula mendapat perlindungan di Perancis seawal usia 6 tahun.
3. Samuel dibunuh kerana beliau menunjukkan kartun menghina Nabi SAW oleh kartunis Charlie Hebdo di kelasnya
pada awal bulan Oktober. Samuel mengajar subjek moral dan sivik. Pada
ketika itu, beliau menggunakan kartun Charlie Hebdo (sample case) ketika
mengajar mengenai kebebasan bersuara dan meminta mana-mana pelajar
muslim yang tak bersetuju dengan kartun tersebut memalingkan wajah
mereka. Ada dakwaan yang berkata Samuel meminta mana-mana pelajar muslim
yang tidak bersetuju dengan penggunaan kartun tersebut untuk
meninggalkan kelas, adalah tidak benar. Terdapat laporan, sejak tahun
2015, Samuel menggunakan kartun Charlie Hebdo setiap tahun ketika
mengajar dan berdiskusi tentang kebebasan bersuara. Samuel meninggalkan seorang isteri dan anak yang berusia 5 tahun.
4. Samuel dilaporkan telah menggunakan dua lukisan Charlie, iaitu;
- karikator yang menunjukkan lelaki bogel (Lelaki itu dianggap merujuk kepada Nabi).
- satu lagi tidak dilaporkan secara terperinci.
5. Tindakan Samuel itu kemudiannya mendatangkan kemarahan ibu bapa pelajar. Seorang bapa yang dikenali sebagai Brahim Chnina (Brahim C selepas ini), dan seorang imam dilaporkan telah mendesak pihak sekolah mengantung dan berhentikan Samuel dari mengajar di sekolah. Kempen juga dilaporkan dalam bentuk video dan mengkritik tindakan Samuel yang dianggap tidak menghormati perasaan dan sentimen penganut Islam.
6. Terdapat laporan kononnya fatwa mengenai Samuel dikeluarkan oleh imam Abdelhakim Sefrioui (BBC : FRANCE TEACHER ATTACK - SEVEN CHARGED OVER SAMUEL PATY'S KILLING).
7. Brahim C turut menuduh Samuel mengajar kelucahan (pornografi) kerana menunjukkan karikatur lelaki bogel tanpa sebarang pakaian. Dan bersikap islamphobia dengan menggunakan platform media sosial.
8. Selepas hampir tiga minggu melakukan desakan dan kritikan berterusan ke atas Samuel, cikgu itu akhirnya dibunuh oleh
Abdoullakh Anzorov (Anzorov selepas ini)
9. Anzorov ialah remaja yang bebas dari sebarang masalah dan perlakuan jenayah.
10. Anzorov tiba di depan sekolah tempat Samuel mengajar dan bertanyakan dua pelajar mengenai Samuel kerana tidak mengenali Samuel.
11. Anzorov dan Samuel tidak mempunyai hubungan dan kaitan di masa lampau.
12. Selepas Samuel dikenalpasti dengan bantuan pelajar, Anzorov kemudiannya membunuh Samuel menggunakan pisau panjang. Pada awalnya, beliau menikam Samuel dan kemudiannya memenggal kepalanya. Perbuatan sebelum kejadian hinggalah kejadian dirakamkan oleh Anzorov dan memuatnaik insiden itu di internet.
13. Kepala Samuel yang dipenggal pula, ditangkap gambarnya dan disiarkan di akaun Twitter milik Anzarov.
14. "Hellhounds who dared to belittle Mohammad," - tulis Anzorov.
15. Polis kemudiannya tiba di lokasi Anzorov berada dan memulakan operasi tangkapan.
16. Anzorov kemudiannya melepaskan tembakan dan cuba menikam pegawai polis tetapi gagal, beliau sebaliknya ditembak sebanyak 9 kali dan mati di tempat kejadian.
17. Unit pemusnah bom turut dipanggil kerana Anzorov memakai vest; selepas itu disahkan tiada bom ditemui dalam vest yang dipakai oleh Anzorov.
18. Terdapat laporan ISIS menggunakan insiden tersebut sebagai millage perjuangan mereka. Namun hasil siasatan polis mendapat Anzorov tidak mempunyai sebarang kaitan langsung dengan ISIS meskipun terdapat laporan, kakak tiri kepada Anzorov menyertai ISIS pada tahun 2014. Selain itu terdapat sebaran yang mendakwa saksi mendengar Anzorov melaungkan Allahu Akhbar ketika pembunuhan dan mendakwa ingin berjihad (melalui rakaman suara yang tular).
19. Dalam perkembangan terkini, 2 pelajar yang tidak boleh dinamakan (kerana legal) dilaporkan menerima bayaran 270 dan $355.
20. Anzorov turut dilaporkan berkata kepada pelajar itu beliau mahu memukul dan memalukan Samuel dan mendesak cikgu itu memohon maaf kerana menunjukkan karikator Nabi. Hasil siasatan polis France, mendapati minggu-minggu sebelum serangan, Anzorov sangat aktif di media sosial dan telah post sehingga 400 kicauan mengenai tindakan Samuel.
21. Abdelhakim Sefrioui juga ditahan polis kerana terbabit dalam kejadian itu. Abdelhakim dikatakan telah meletakkan harga di atas kepala Samuel dan mengeluarkan fatwa. Turut dilaporkan Abdelhakim ialah seorang aktivis yang radikal dan memang berada dalam pemantauan pun selama ini.
22. Pihak polis juga menyiasat peranan sosial media dalam mendorong aksi pembunuhan dan perlakuan jenayah dalam insiden tersebut.
23. Satu portal yang dikendalikan warga Perancis di luar negara, yang pro kepada neo-nazi juga disiasat dan pendakwaan aka dilakukan kerana menyiarkan gambar Samuel yang dibunuh, yang mana memetik gambar dari Twitter Anzorov.
24. Brahim C, dan kesemua keluarga Anzorov turut ditahan dan disiasat polis. Sekurang-kurangnya 16 orang ditahan bagi menyiasat hubungkait mereka dengan tindakan Anzorov.
Implikasi.
- Di Malaysia terdapat pelbagai reaksi berhubung tindakan Anzorov.
- Sementara majoriti menolak amalan keganasan dan pembunuhan terdapat pihak yang menghalalkan perbuatan tersebut atas nama "mengajar" dan Islam.
- Tidak benar Islam menyeru kepada pembunuh sekalipun ia berkaitan dengan Nabi.
- Tun Mahathir dikecam kerana dianggap endorse kepada tindakan keganasan Anzorov. Tun Mahathir mendakwa ia dibaca secara luar konteks kerana kicauannya mengikut nombor dan ia perlu dibaca secara keseluruhan dan bukannya berdasarkan satu kicauan semata-mata.
- Bagi penulis, sampai bila pun keganasan dan membalas dendam bukan jawapan. Hanya ada satu cara untuk mengubah pandangan pengkritik ataupun mengubah persepsi dunia tentang Islam. Iaitu diri kita sendiri perlu tunjukkan contoh yang baik dengan berdisplin melalui ilmu. Apabila kita ada ilmu, kita bina teknologi, dan dengan teknologi kita tunjukkan bagaimana Islam membina ekonomi, jangan dilupa sikap dan pendekatan kita juga perlu seiring dengan apa yang Islam anjurkan. Apa yang kita cakap tidak akan memberikan apa-apa kesan sebaliknya jika kita berjaya membuktikan ia melalui tindakan, maka barulah perubahan itu akan datang. - 31 Oktober 2020.
Rujukan;
https://www.counterextremism.com/extremists/abdoulakh-anzorov
https://www.bbc.com/news/amp/world-europe-54632353
https://www.thelocal.fr/20201017/the-mohammed-cartoon-beheading-what-we-know-so-far