#COVID19 - Ringkasan Kluster Kapor.
COVID19 | Kluster Kapor melibatkan daerah Kudat di negeri Sabah. Kes-kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID19 hasil saringan komuniti pelaut yang menetap di Kampung Tanjung Kapor.
2. Pada 22 Oktober, terdapat kes positif covid19 bagi pelaut yang menetap di Kampung Tiga Papan.
3. Seterusnya, KKM telah melakukan saringan bersasar, dan hasilnya di Kampung Tiga Papan, pada 25 Oktober KKM mendapati 16 kes baharu ditemui melibatkan;
- 2 kes melibatkan warganegara
- 14 kes melibatkan bukan warganegara.
4. Pada 26 Oktober pula, 30 kes baharu dilaporkan dan kesemuanya adalah Bukan Warganegara.
5. Kesemua pesakit telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Kota Belud, SabaH
6. Sehingga 26 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 127 individu telah disaring, di mana:
- 46 kes dikesan positif COVID19;
- 81 individu masih menunggu keputusan.
7. Kes #26174, #26178, #26186, #26187, #26189, #26190, #26191, #26195, #26197, #26199, #26201, #26202, #26206, #26207, #26209, #26210, #27005 hingga #27034 ialah kes yang berkaitan Kluster Kapor.