t>

Breaking News

Taktik Terbaru Ah Long Yang Ramai Perlu Tahu.

Cerita ini didedahkan oleh Cikgu Mohd Fadhli Salleh di Facebooknya pada 9 November 2020.

Oleh : Mohd Fadhli Salleh

Tektik along mula berubah! Tolong jangan terperangkap. Malam ni aku nak dedahkan tektik baru along. Ramai dah terkena, ramai datang jumpa aku cerita betapa deritanya kena perangkap ini. 



Pinjam RM150, dalam masa sebulan sahaja kena bayar balik RM750. Sebulan beb naik berganda-ganda. Lebih memalukan, video kita membuat pinjaman tersebar merata-rata. Malu tak usah cerita. 

Pinjaman ini memang senang sangat diluluskan. Tak kisah la kau tak ada kerja ke, kau blacklist ke. Syarat utama kena download aplikasi pinjaman, pegang ic dan rakam video membuat pengakuan yang kita meminjam dengan syarikat tersebut. Dalam masa 2 jam pinjaman akan diluluskan. Contohnya kau pinjam RM300 (Rujuk gambar kedua). 

Lelaki ni pinjam RM300, namun yang dilulukan hanya RM150. Tapi sebaik sahaja duit di transferkan, data dalam aplikasi akan tulis RM300. Serta merta kena bunga 100%. Seminggu selepas itu jika tidak bayar, kena denda RM100. 

Jika belum bayar juga, denda naik RM195. Selepas itu kenaikan RM50 setiap minggu. Dan dalam masa sebulan, jumlah pinjaman terkumpul ialah RM750. 

Pinjam RM150, kena bayar RM750. Tidak cukup dengan tu, video rakaman peminjam akan disebarkan kat semua kenalan dalam contact nombor phone kita. 

Aplikasi yang dibuat oleh syarikat peminjam membenarkan aplikasi tersebut menceroboh semua data dalam telefon kita. 

Semua contact nombor yang ada dalam phone kita dapat kat mereka. Maka video kita akan disebarkan kepada semua orang. Dan along akan minta setiap kenalan dalam phone kita bayar hutang kawan tu. Perghh, gila kan? 

Aku sendiri menerima dua dah video asnaf yang pernah aku bantu dari syarikat along ini. Mereka save nombor aku, automatik syarikat akan hantar kat aku juga. Siap along tu suruh aku bayar. Memang tak de la aku nak bayar. Orang lain yang pinjam aku yang kena bayar apa hal? Terus aku block nombor along tu. 

Ramai yang terjebak dengan pinjaman ini. Hati-hati lah semua. Tolong rancang perbelanjaan kalian. Jangan sampai terjebak dengan pinjaman wang begini. Ia menjerat hidup kalian. Pinjam RM150 dalam masa sebulan kena bayar Rm750. Kalau pinjam rm1500 kena bayar rm7500 la kot. Gila betul. Hati-hati sebelum terkena. 

Bila dah terperangkap begini, menyesal pun tiada guna. Lagi pun hutang dengan along ini merupakan riba yang jelas. Riba ini diharamkan dalam Islam. Jadi jauhilah. 

#MFS .