t>

Breaking News

Bapa Ada Rekod Lampau, Kenapa Hakim Benarkan Hak Penjagaan, Soal Netizens.

SOSMED | Hari ini sosmed kecoh dengan kisah malang yang menimpa ke atas seorang remaja perempuan yang berusia 15 tahun. Kisah remaja itu menjadi viral selepas dilaporkan oleh beberapa portal media tempatan negara. 

Ini apa yang dilaporkan media;

- Remaja tersebut melarikan diri dari rumahnya yang terletak di Bukit Antarabangsa pada 1 November lepas.

- Remaja itu tidak memiliki permit perjalanan PKPB yang sah.

- Oleh kerana itu pihak polis telah menahan remaja tersebut di TBS.

- Hasil dari soalsiasat yang dijalankan pihak polis, remaja itu berumur 15 tahun (tingkatan empat tetapi belum cukup umur) mahu menuju ke rumah ibunya di Kuala Nerang, Kedah.

- Remaja itu mendakwa telah dirogol oleh bapa kandungnya oleh kerana itu beliau nekad mahu melarikan diri.

- Ibu dan bapa remaja tersebut telah bercerai pada tahun 2004. Remaja itu anak tunggal kepada pasangan tersebut.

- Sebelum ini, remaja tersebut telah tinggal bersama ibunya sehinggalah pada tahun 2019, selepas bapanya mendapat hak penjagaan. Dan pada September 2019, beliau dibawa untuk tinggal di rumah bapanya di Bukit Antarabangsa. Beliau tinggal bersama ibu tiri yang juga isteri kedua bapanya dan empat adik beradik yang lain.

- Disana beliau mula dirogol sejak Februari 2020 dan dirogol setiap minggu diawal pagi kecuali pada waktu beliau kedatangan haid.

- Bapanya melakukan perbuatan terkutuk tersebut selepas semua ahli keluarga masuk tidur. Mangsa berkata beliau tertekan dan pernah cuba membunuh diri dengan meminum cecair pencuci lantai pada Jun 2020. Tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut.

- Bapa durjana itu kemudiannya ditahan polis pada 2 November di rumahnya di Bukit Antarabangsa. Portal Sinar Harian melaporkan beliau merupakan seorang ahli perniagaan.

- Suspek telah direman pada 2 November hingga 6 November.

- Siasatan mendapati suspek ada rekod lampau kes rogol yang disiasat dibawah seksyen 376A.

- Kes itu berlaku pada tahun 2004, membabitkan adik iparnya sendiri.


Apa yang menimbulkan kemarahan netizens ialah;

- Kenapa bapa yang ada rekod lampau merogol dibenarkan mendapat hak penjagaan?

- Sesetengah netizens mempersoalkan bagaimana hakim tersebut membuat keputusan, tiada saringankah dengan pihak polis?

Kini anak malang itu akan trauma seumur hidupnya. Kes rogol ini akan memberikan kesan sepanjang hayat. Selagi mana beliau hidup dan akan mempengaruhi tingkahlakunya di masa-masa akan datang. Beliau perlu menjalani terapi dan ibunya perlu sentiasa memberikannya kata-kata semangat dan sokongan.

Hukuman keras juga perlu dikenakan terhadap pelaku. Selain itu, siasatan harus dilakukan kenapa bapanya memenangi hak penjagaan tersebut. Apakah berlakunya sesuatu yang tidak diketahui?

Memang pelik kerana kes tersebut membabitkan rogol adik iparnya sendiri. Mustahil fakta sepenting ini terlepas pandang. - 7 November 2020.