#Covid19 Ini SOP Lengkap Di Petrol PAM Versi Updated.
SEMASA | Semalam sosmed kecoh dengan SOP di stesen minyak. Satu SOP tetapi dilaksanakan secara berbeza. Ini susulan ada individu yang disaman kerana tidak mendaftar diri (scan MySejahtera) ketika isi minyak di petrol pam. Berikutan itu berlakunya kekeliruan dikalangan orang awam.
Pada asalnya, jika kita ingin mengisi minyak tanpa memasuki premis, tidak diperlukan untuk imbas di My Sejahtera.
Namun disebabkan tindakan saman itu, ia membuatkan pengguna keliru dan beranggapan walaupun setakat mengisi minyak tetap perlu imbas My Sejahtera meskipun terdapat larangan penggunaan telefon bimbit di stesen minyak.
Hal ini semakin diperkatakan netizens sejurus dua gambar dibawah tular;
Menteri Pertahanan kemudiannya memperjelaskan keliruan tersebut dan mengesahkan tak ada keperluan imbas My Sejahtera jika kita hanya mahu mengisi minyak dan membayar di luar kaunter.
Berikut apa yang diumumkan oleh DS Ismail Sabri;
1. Bagi individu yang melakukan pembayaran atau transaksi dalam kedai di stesen minyak sama ada untuk membuat pembayaran petrol/ pembelian barangan/ mengeluarkan duit di ATM, perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera/ manual.
2. Bagi individu yang menggunakan surau dan tandas juga perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera/ manual.
3. Individu yang mengisi minyak di mesin pam dan membuat transaksi melalui kad kredit/debit/ aplikasi dalam talian tanpa perlu masuk ke kedai dalam stesen minyak, mereka tidak perlu mendaftar melalui aplikasi MY Sejahtera/ manual.
4. Individu yang membuat transaksi atau membayar melalui tingkap pigeon hole tanpa memasuki kedai stesen minyak, tidak perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera/ manual.
5. Individu yang mengisi angin tayar juga tidak perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera/ manual.
6. Bagi individu yang menghantar kenderaan ke bengkel di setesen minyak, mereka perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera/ manual.
7. Bagi individu yang menggunakan perkhidmatan cuci kereta secara manual, mereka perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera/ manual.
8. Manakala bagi individu yang menggunakan perkhidmatan cuci kereta secara automatik (auto car wash), mereka tidak perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera/ manual kecuali jika membuat pembayaran di dalam kedai stesen minyak.
Ini bermakna, SOP kembali seperti asal, ataupun sediakala. Tertanya-tanya juga jika pihak yang disaman dua hari lepas akan dibatalkan samannya ataupun tidak. Memandangkan ianya tidak salah, maka sudah tentu tidak adil jika tindakan saman masih diteruskan. - 11 November 2020.