t>

Breaking News

Gagal Pakai Pelitup Muka Dengan Betul Selepas Minum Air, 2 Penunggang Motor Didenda RM1,000.

VIRAL | Hari ini kecoh betul dengan laporan berita dua penunggang motorsikal yang didenda kerana gagal memakai pelitup muka dengan betul selepas minum air. 

Ceritanya begini;

1. Portal Sin Chew Daily melaporkan dua orang penunggang motorsikal di Daerah Kerian, Parit Buntar, Perak telah disaman RM1,000 masing-masing kerana gagal memakai pelitup muka dengan betul.

2. Perkara itu berlaku selepas kedua-duanya selesai minum air yang dibeli.

3. Pada awalnya, kedua-duanya telah menghantar kawan mereka ke pusat membeli belah. 

4. Kemudiannya mereka berdua menunggu di jalan bertentangan berdekatan dengan pusat membeli belah itu.

5. Semasa menunggu, mereka membeli dua minuman, ketika inilah mereka menarik pelitup muka ke bahagian dagu, kerana nak minum air yang dibeli.

6. Selepas selesai minum, kedua-duanya gagal memakai semula pelitup muka dengan betul.

7. Mereka kemudiannya dihampiri oleh tiga anggota polis, dua darinya berpakaian biasa, dan seorang lagi berpakaian polis. Selepas ditunjukkan kad kuasa, kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian.

Mesej untuk kisah ini ialah, sentiasalah memakai pelitup muka dengan betul. Sentiasalah patuh SOP. Kita pun tak tahu jika ada mana-mana anggota polis yang menyamar sebagai orang awam untuk memerhatikan masyarakat samada mereka patuhi SOP ataupun tidak. Oleh itu berhati-hatilah selalu. - 11 November 2020.