6 Pertuduhan Lengkap, Pengetua Sekolah Agama Rogol, Cabul Remaja 16 Tahun.
JENAYAH | Pengetua sebuah sekolah menengah agama di Machang akhirnya didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas pertuduhan berkaitan rogol, menyentuh tubuh dan kemaluan serta melakukan seks oral bersama seorang pelajarnya.
Pengetua Sekolah Menengah Agama itu bernama Mazlelee Mustafa, berusia 45 dan beliau mendorong seorang remaja berusia 16 tahun melakukan hubungan seksual. Hubungan mereka sebenarnya bermula sejak remaja itu berusia 14 tahun.
Senarai pertuduhan yang dikenakan ke atas suspek;
1. Pertuduhan pertama, dia didakwa dengan maksud seksual telah menyentuh badan seorang kanak-kanak berumur 14 tahun 3 bulan di pejabatnya pada 26 Januari 2018 lebih kurang 10.00 pagi.
Pertuduhan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta sama dibaca bersama Seksyen 16 Akta sama.
2. Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah merogol pelajar terbabit pada tarikh, masa dan tempat sama.
Pertuduhan di bawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika disabit kesalahan.
3. Pertuduhan ketiga, dia didakwa merogol pelajar itu yang ketika kejadian berumur 15 tahun 4 bulan pada 23 Februari 2019 lebih kurang jam 10 pagi di pejabat sama.
4. Pertuduhan keempat, tertuduh didakwa dengan maksud seksual telah menyebabkan seorang kanak-kanak berumur 16 tahun 4 bulan menghisap kemaluannya.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di dalam sebuah kereta di tepi jalan Kuala Krai-Machang lebih kurang 9.30 malam sehingga 11.30 malam pada 22 Februari 2020.
5. Pertuduhan kelima, tertuduh didakwa telah menyebabkan seorang kanak-kanak berumur 16 tahun 10 bulan menghisap kemaluan tertuduh.
6. Pertuduhan terakhir pula, tertuduh didakwa telah menyentuh kemaluan seorang kanak-kanak berumur 16 tahun 11 bulan di pejabatnya lebih kurang 12 tengah hari pada 15 September lalu.
Suspek bagaimanapun mengaku tidak bersalah ke atas semua pertuduhan-pertuduhan tersebut dan minta dibicarakan. - 25 Disember 2020.