Ini Jenamanya, Netizens Buat Siasatan Sendiri Daging Beku Haram, Mereka Tak Layan Saranan JAKIM.
VIRAL | Nampaknya peperangan netizens dengan kerajaan dalam isu pembekalan daging haram memasuki episode baharu.
Sebelum ini JAKIM mahu semua pihak tidak terburu-buru mengulas isu daging haram yang menggunakan logo halal palsu. Ini kerana tindakan itu berisiko menjejaskan peniaga yang menjual daging halal dan mengikut peraturan.
Kenyataan itu dipercayai dikeluarkan JAKIM apabila semakin ramai rakyat yang menyeru agar;
- Boikot semua jenis daging sejukbeku di pasaraya atau mana-mana sahaja.
- Tindakan itu bagi mengelak mana-mana pembeli muslim terbeli daging haram.
- Selagi kerajaan tidak mendedahkan jenama, rangkaian pengedaran ataupun sudah atau tidak menarikbalik penjualan daging tersebut di pasaran, maka rakyat khususnya orang Islam perlu bersatu hati memboikot daging beku.
Apa yang mengejutkan ialah gesaan tersebut mendapat sambutan padu dari netizens berbanding minggu-minggu sebelumnya meskipun isu daging haram di pasaran sudah mula diperkatakan sejak awal Disember lagi.
Kenyataan JAKIM itu kemudiannya mendapat tindakan balas negatif dari netizens. Mereka mempersoalkan motif JAKIM mengeluarkan kenyataan sedemikian dikala umat Islam merasa resah kerana tidak tahu;
- jenama
- di pasar raya mana
daging-daging beku itu diedarkan.
Netizens juga mempersoalkan JAKIM yang mempertikaikan perasaan resah, was-was dan ragu-ragu rakyat sedangkan ia bukanlah sesuatu yang menyalahi undang-undang negara.
Sebelum netizens dilihat menjalankan gerakan boikot daging beku beramai-ramai, mereka telah melakukan desakan seperti meminta agar daging haram yang menggunakan logo palsu didedahkan, dalang, nama syarikat, rangkaian pengedaran dan juga menarikbalik semua daging-daging tersebut dari pasaran tempatan.
Namun setakat ini belum ada apa-apa perkembangan susulan dari penguatkuasa berhubung desakan orang ramai itu.
Ketika ini juga, netizens yang menjalankan siasatan sendiri telah mendedahkan apa yang mereka sebut jenama daging beku yang terlibat dalam kartel daging haram.
Maklumat tentangnya sedang hangat tersebar bagaimanapun setakat ini belum ada mana-mana pihak yang berauthoriti mengesahkan samada maklumat itu benar ataupun tidak.
Lihat gambar-gambar mengenai siasatan netizens (JNN);
Apa yang dilakukan netizens ialah, mereka telah mencari rakaman video yang mana menunjukkan gudang yang diserbu dan disita penguatkuasa pada 2 Disember lepas.
Hasil dari rakaman itu, mereka memerhatikan satu persatu barangan yang dapat dikesan dalam rakaman itu dan kemudiannya membuat perbandingan jenama.
Netizens kemudiannya membuat grafik dan sebarkan di media sosial.
Setakat ini, jenama-jenama yang dikaitkan belum lagi tampil membuat penafian akan dakwaan yang tular di sosial media itu.
Dalam perkembangan berkaitan, netizens terus mendesak kerajaan untuk dedahkan jenama daging halal, berserta rangkaian pengedaran (pasaraya, kedai yang hanya menjual daging beku disahkan halal) andaikata sukar untuk mendedahkan daging beku haram memandangkan mungkin ada VVIP yang terlibat dalam kartel daging itu. - 25 Disember 2020.