t>

Breaking News

Kenapa Pilih Platform E Dagang Bukan Islam Kutip Zakat? #BMF Ke Laut?

Oleh : Dr. Muslim

Isu Memungut Zakat "Online".

Orang bukan Islam mungkin boleh memungut zakat walaupun pusat zakat tidak menerang secara jelas pada masyarakat hukumnya. Saya tidak pertikaikan hukum boleh atau tidak boleh.


Saya hanya terkilan kenapa perlu pusat zakat sebagai satu institusi kewangan besar Islam memilih orang bukan Islam mengutip zakat bagi pihak mereka? Tidak adakah langsung orang Islam yg pandai membuat platform e dagang? Mengapa badan Islam sepenting itu mahu mengkayakan lagi ekonomi orang bukan Islam? Sedangkan orang Islamlah yang paling miskin dan patut ditolong. Nabi Muhammad saw sendiri menyuruh orang Islam membangunkan pasar orang Islam sendiri walaupun pasar Yahudi sudah ada di Madinah? Kenapa tidak Nabi Muhammad mengutama pasar Yahudi sahaja?

Bukankah Quran dah terangkan: Dan orang beriman lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong kepada setengah yang lain. At Taubah 71.

Kenapa institusi ugama ini tidak menolong syarikat orang2 Islam yang pandai IT untuk membuat satu e dagang Muslim yang setanding dengan yang ada sekarang? Tidak adakah orang Islam yang hebat-hebat sampai badan kewangan Islam itu perlu merujuk kepada orang bukan Islam yang secara tidak langsung menutup peluang orang Islam, sebaliknya mengukuhkan lagi ekonomi orang bukan Islam?

Sebuah pusat zakat negeri boleh memungut zakat sampai RM 800 juta setahun. Kalau satu platform ambil 1% komisyen, sudah dapat hampir RM 8 juta. Kenapa tidak gunakan RM 8 juta ini untuk pakar-pakar IT Islam membina Muslim E-Shop ke? Kenapa pemurah sangat dan lunak sangat dalam mengutamakan orang bukan Islam dan meninggalkan orang Islam?

Saya pernah berbincang dengan pakar-pakar IT Melayu Islam dari sebuah Universiti tempatan untuk membangunkan satu platform yang serupa macam yang ada sekarang. Kalau pun kita tidak boleh buat sehebat platform yang ada, tetapi janganlah kita tinggal terus usaha untuk membuat satu platform e dagang alternatif untuk orang Islam.

Konsep Karl Marx, "if you teach them how to fish, you will miss a business opportunity of a lifetime" ini diguna pakai oleh orang kafir supaya orang Islam tidak digalak buat bisnes seperti mereka. Hujah mereka, guna saja platform mereka dan tidak perlu bersusah payah untuk membuatnya. Tetapi maksud tersirat mereka ialah supaya orang Islam terus menyokong bisnes mereka. Corak permikiran orang Islam yang suka bergantung atau lebih mempercayai orang bukan Islam perlu di ubah.

Setiap minggu, saya mendengar khutbah jumaat, mengingatkan umat Islam supaya menyokong dan menolong bisnes dan ekonomi orang Islam. Tiba-tiba, beberapa institusi zakat sendiri pula menyokong bisnes orang bukan Islam. Ini yang membuat saya sedih.