t>

Breaking News

Suspek Warga Nigeria Dakwa Ada Masalah Mental.

ISMAWEB | Suspek lelaki warga Nigeria yang didakwa mencampak cucu tirinya dari tingkat empat bangunan pangsapuri setelah gagal memperkosa anak tirinya memberitahu polis bahawa dia mempunyai sejarah masalah kesihatan mental.


“Ujian air kencing telah dilakukan dan kami mendapati bahawa suspek mengambil ubat-ubatan kerana difahami bahawa dia mempunyai beberapa masalah kesihatan mental.

“Belum ada rekod rawatan yang dijumpai, tetapi rakan dan keluarganya memaklumkan hal itu,”
kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin dalam sidang media di ibu pejabat kontinjen di sini, hari ini.

Bagaimanapun, pihaknya masih menyiasat perkara itu sama ada suspek benar-benar mengalami masalah mental atau tidak.

Beliau memaklumkan bahawa suspek direman selama tujuh hari.

“Lelaki itu direman selama seminggu bagi siasatan di bawah Seksyen 302, Sekyen 307 dan Seksyen 377c Kanun Keseksaan,” katanya.