t>

Breaking News

Barang Dihilangkan Syarikat Kurier? Ini Cara Nak Ajar J&T Express.

VIRAL | Seorang suri rumah yang dikenali sebagai Puan Aida Shuzana berkongsikan panduan bagaimana pelanggan boleh mempertahan hak mereka apabila dibuli oleh syarikat kurier yang nampaknya seperti enggan bertanggungjawab selepas menghilangkan barang.

Kisah Puan Aida ini menjadi tular serentak dengan serangan bertubi-tubi netizens terhadap syarikat J&T yang mana sejak akhir-akhir ini memberikan perkhidmatan yang sangat tidak memuaskan hati para pelanggan mereka.



Menurut Puan Aida;

- Kisahnya bermula pada 4 Januari 2021, dimana parcel beliau hilang di warehouse J&T Batu Caves.

- Selepas beliau melihat parcelnya stuck dua hari di lokasi yang sama, beliau kemudiannya ke cawangan J&T tempat di mana beliau pos barangnya itu (pada 7 Januari 2021).

- Beliau membuka satu laporan dan mencatatkan kronologi serta nama staff yang mengendalikan parcelnya supaya pihak J&T tidak berbolak balik (pusing cerita).

- Keesokan harinya pula, Aida membuat satu lagi laporan, kali ini secara online di Customer care dan menghantar email juga.

- Selepas seminggu J&T dilihat seperti bermain tarik tali, Aida kemudiannya membuat laporan polis. Laporan polis itu kemudiannya beliau serahkan kepada J&T, SKMM dan Tribunal.

- Sehari selepas itu, Aida membuat satu lagi laporan online dalam website SKMM.

- Aida ada membuat laporan kepada KPDNKK tetapi makluman yang diterima dari Kementerian itu ialah kes berkenaan diluar bidang kuasa KPDNKK.

- Aida juga membuat laporan ke Tribunal Selangor. Disana Aida diberitahu tuntutan yang boleh dibuat hanyalah sekitar RM8.50, iaitu caj pengeposan sahaja. Itu sahaja nilai yang boleh Aida tuntut.

- Kakitangan Tribunal Selangor kemudiannya mencadangkan Aida membuat Tuntutan Kecil di Mahkamah.

- Aida kemudiannya membuat semakan di mahkamah mana yang mempunyai bahagian Tuntutan Kecil dan mendapat di Mahkamah Sepang antara yang ada. Maka urusan seterusnya dilakukan disitu.

- Aida hadir ke Bahagian Pendaftaran, minta borang Tuntutan Kecil untuk diisi. Dalam borang itu pengguna perlu mengisi nama, no kad pengenalan, alamat dan butiran lengkap kejadian.

- Serahkan borang ke kaunter dan kakitangan akan mendaftarkan kes tersebut.

- Kakitangan mahkamah juga akan bertanya barang tersebut hilang di mana kerana kes perbicaraan akan dibuka berdasarkan lokasi kehilangan barang.

- Bayaran dikenakan ialah sebanyak RM20. Hanya kad debit sahaja. Tunai tidak diterima.

- Selepas itu anda perlu tunggu email dari mahkamah dan apabila no writ dimasukkan, borang telah ditandatangan oleh pihak mahkamah tempat perbicaraan, pengguna akan mendapat tarikh perbicaraan.

- Writ saman tersebut perlu dicetak keluar dan diposkan kepada pihak yang disaman. Perlu guna AR berdaftar di Pejabat Pos, bayaran sekitar RM4.80.

- AR berdaftar ini penting untuk pastikan pihak defendan terima dokumen mahkamah. Slip penerimaan akan diposkan balik kepada pihak yang menyaman. Segala dokumen terbabit perlu disimpan untuk dikemukakan pada hari perbicaraan.

- Pampasan yang boleh dituntut tidak akan melebihi RM5,000.

Menurut Puan Aida lagi, salinan consignment note perlu disimpan kerana semua bukti dan dokumen perlu diserahkan pada hari perbicaraan.

Puan Aida juga mengingatkan pelanggan jangan sesekali isi borang claim pampasan dari pihak kurier kerana ini akan membuatkan kes ditutup.

"Jangan isi borang claim pampasan dari pihak kurier. Jika claim telah dibayar, tuntutan mahkamah ini secara automatik terbatal dan tutup kes," katanya.
 

Kesan dari tindakan Aida itu nampaknya pihak J&T mula memberikan respon sedangkan sebelum ini acuh tak acuh sahaja layanan mereka terhadap aduan Aida. Ini didedah sendiri oleh tuan punya badan dalam satu post bertarikh 12 Januari 2021, selepas hampir seminggu barangnya hilang tanpa khabar berita.

"Parcel ini saya pos pada 04 Januari 2021. Setiap hari saya check tracking no sehingga satu tahap saya pergi ke cawangan untuk buat report pada 07 Januari 2021.

Pada 08 Januari 2021 saya call dan buat report lagi. Janjinya petang ini akan hantar barang. Sebelum tu saya guna Live Chat yang hanya mampu berkomunikasi dengan robot! 20 kali robot ni tanya apa yang boleh dibantu. 

Bila bagitahu masalah, takde pulak dia bantu . 09 Januari 2021 jam 9 pagi, parcel masih belum diserahkan kepada customer saya. Saya report sekali lagi! dan kali ini saya report melalui phone dan email.

Saya call cawangan berkenaan tapi sampai hari ini tiada seorang pun yang pick up call. Ringing ada dan no cawangan ni saya dapat daripada customer service J&T. Lebih 50 kali saya call untuk check status.

Ok saya rileks 2 hari memandangkan hujung minggu.
Semalam saya check tracking, status dia 'sedang disiasat'. OMG! saya pos 04hb, hari ini dah 12hb  

Tadi saya call lagi customer care, mereka kata cawangan belum reply report. Dan minta saya tunggu.

Cadangan saya kepada J&T #jntexpressmalaysia , bila kes begini terjadi wakilkan seorang staff u untuk at least sekali call customer, update dan bagi cadangan.

Rasa macam terhegeh-hegeh pulak. Kita bayar perkhidmatan walaupun sekadar RM8.50 tapi tolong la jaga kualiti dan reputasi syarikat anda!

Walk in branch done
Live chat done
Report by phone done
Report by email done
Now nak kena serang sapa lagi untuk tahu dimanakah barang saya??????,
"
tulisnya dalam kenyataan itu.

Jelas menerusi luahan Puan Aida itu, J&T sememangnya tidak menitikberatkan aduan pelanggan dan berbuat acuh tak acuh sahaja akan laporan yang dibuat.

Namun Puan Aida tidak pernah berhenti melawan. Kesnya akan didengarkan di Mahkamah Majistret Selayang pada 17 Februari ini.

Pada 8 Februari, selepas lebih sebulan parcelnya hilang, J&T HQ membuat panggilan kepadanya bagi membincangkan aduan yang diterima oleh syarikat itu.

Panggilan itu hadir selepas 3 minggu Puan Aida membuat aduan di SKMM mengenai parcelnya yang hilang di J&T.

Berikut adalah perbualan yang dikongsikan oleh Puan Aida bersama staff J&T di Facebooknya siang tadi;

"Staff : Puan, ada tak staff kita daripada HQ call atau WhatsApp selepas puan buat report?

Puan Cantek : Staff korang semua tidur! Email aku, call aku semua korang buat bodoh. Dok kat HQ tu goyang kaki. Tahniah! Bagus la servis korang ni. 

Staff : Terdiam.... saya minta maaf puan. Dari WhatsApp puan dengan staff cawangan, puan tidak bersetuju isi borang claim ye. Boleh tak puan isi borang tu untuk kita bawa ke management.

Puan Cantek : No no no, kalau aku isi, kes saman aku secara automatik close. Ko ingat aku bodoh. Kalau isi, berapa claim yang korang bayar?

Staff : Ikutkan T&C kami RM100 puan. Puan isi dulu borang claim, kami akan minta management review kes puan sebab report ni daripada MCMC.

Puan Cantek : Ko pergi tanya dulu berapa dia boleh bayar. Aku tak akan isi form tu. Kalau dia boleh bayar lebih daripada saman aku. Baru boleh cite. Ok bai.

Aku terus letak call. Rimas!," tulisnya.

Sebagai rekod, nilai barang Puan Aida yang hilang ialah berharga RM680. Namun pihak J&T hanya mahu membayar pampasan sebanyak RM100 sahaja (ini pun kata J&T berdasarkan T&C syarikat). Sudah tentu ini akan menyebabkan Puan Aida rugi kerana beliau juga perlu membayar semula wang kepada pembelinya, itu tak masuk lagi kerugian masa dan wang akibat menguruskan insiden ini.

Memang tak munasabah langsung cara mereka menjaga kebajikan pelanggan.

Puan Aida juga menasihati pelanggan-pelanggan J&T yang teraniaya sepertinya untuk jangan sesekali mengalah, perlu tegas, jangan goyang dan jangan gelabah.

Menerusi Tuntutan Kecil di Mahkamah, Puan Aida menuntut kerugian berjumlah RM2000. Yang pasti RM100 adalah sangat tidak berbaloi dengan nilai barang yang dihilangkan. Mari kita sama-sama berdoa agar Puan Aida dan semua pelanggan J&T yang teraniaya akan mendapat keadilan masing-masing. Jangan lupa war-warkan juga cara bagaimana pelanggan yang teraniaya boleh mendapatkan hak mereka. Biar J&T gelabah kerana perlu menghadap ribuan aduan SKMM dan tuntutan mahkamah. - 8 Februari 2021.