Facebook J&T Malaysia Dikecam, Ramai Pelanggan Mengadu Barang Rosak, Pecah, Hilang, Ditebuk..
VIRAL | Nampaknya kemarahan pekerja-pekerja JnT terhadap majikan mereka kerana memotong gaji dan komisen telah menjejaskan para pelanggan yang sama sekali tak bersalah dalam cerita ini.
Kegagalan majikan JnT dalam menguruskan perkara itu telah memberikan kesan langsung kepada para pelanggan mereka yang menggunakan khidmat penghantaran syarikat tersebut.
Sebelum ini tular beberapa video dimana;
1. Pekerja JnT mogok dan membaling barang customer kerana marahkan majikan.
2. Lambakan barang di hub Perak, Melaka dan Selangor berikutan pekerja mogok.
3. Pelanggan yang berkumpul di depan HQ JnT untuk menuntut penjelasan.
Video-video itu tersebar dengan meluas dan walaupun para pelanggan JnT bersimpati dengan nasib kakitangan JnT yang mendakwa ditindas majikan namun barang-barang pelanggan tidak bersalah sama sekali disini.
Di Facebook JnT Malaysia, ribuan pelanggan melepaskan perasaan marah mereka kerana barang tersangkut, lambat dan rosak.
Setakat ini wakil syarikat JnT Express Malaysia belum lagi membuka mulut tentang insiden yang tular di laman sosial malah tidak menjawab sebarang kritikan pelanggan mereka di Facebook rasmi mereka.
Dalam perkembangan berkaitan, Shopee juga sudah mengeluarkan pengumuman bahawa para pelanggan dicadangkan menggunakan khidmat penghantaran syarikat lain kerana JnT bermasalah.
Nampak gayanya para pelanggan, pembeli dan penjual perlu menggunakan perkhidmatan lain sementara JnT menyelesaikan masalah dalaman mereka berhubung pembayaran gaji dan komisen.
Kalau kita baca beberapa ulasan mengenai kebajikan para pekerja JnT nampak gayanya tenaga mereka benar-benar ditoreh habis-habisan sementara majikan mengharapkan service tip top dari pekerja penghantaran.
Baca ini;
Walaupun kita semua bersimpati dengan nasib yang dialami oleh kakitangan JnT namun harus diingat bukan semua pembeli dan peniaga di Shopee berstatus T20. Seperti kakitangan JnT, mereka juga ramai dari kalangan M40 dan B40.
Yang baru mula berniaga. Yang perniagaan baru menunjukkan hasil. Yang kumpul duit berbulan-bulan nak beli barang. Yang beli spare part untuk tujuan bisnes. Mereka ini juga sama seperti kakitangan JnT, yang sama-sama struggle dan berusaha mencari rezeki halal demi sesuap nasi.
Oleh itu jangan sesekali mencampakkan, merosakkan, barang-barang pelanggan. Ada cara lain yang boleh digunakan untuk mempertahankan hak pekerja yang ditindas majikan.
Sekalipun boikot dan mogok, enggan datang kerja lebih baik dari merosakkan barang-barang pelanggan. Sekurang-kurangnya pelanggan walaupun lama menunggu, dapat juga barang elok. Ini sudahlah lama menunggu, barang pula rosak, hilang, ditebuk. Bagaimana?
Bukan semuanya mengambil insurans dan paling penting proses nak claim balik semua tu makan masa dan renyah. Kalau orang tu urgent macam mana?
Kalau mogok pun, mungkin pelanggan sanggup datang sendiri ke hub dan mengambil barang mereka. Sekurang-kurangnya pelanggan tidak akan memarahi kakitangan JnT yang sedang protes terhadap majikan. Jangan kerana marahkan majikan, pelanggan pula menjadi mangsanya. Jika itu berlaku, majikan dan kakitangan tak ada bezanya. - 7 Februari 2020.