t>

Breaking News

J&T Padam Komen, Cuak Ke?

VIRAL | Nampaknya pihak J&T Express Malaysia mungkin tidak mahu pelanggan mengetahui bahawa pengguna mempunyai beberapa cara bagi mendapatkan hak mereka andaikata barang yang dipos melalui perkhidmatan syarikat itu hilang, rosak atau diuruskan dengan cuai.



Ini mungkin menjadi punca kenapa komen dari beberapa pengguna termasuklah Puan Aida hilang dari ruangan komen di post J&T Express Malaysia.

Apakah cara yang boleh dilakukan oleh pengguna jika barang mereka hilang atau rosak? Senang sahaja.

1. Membuat aduan dan menceritakan kronologi lengkap di J&T, PDRM, SKMM.

2. Jika J&T lambat respon atau mahu membayar pampasan kurang dari nilai sebenar barang yang hilang atau rosak (seperti kes Puan Aida), maka terus proceed ke Mahkamah Tuntutan Kecil.

3. Kos pengurusan kes ialah kurang dari RM30 dan anda boleh membuat tuntutan pampasan sehingga RM5,000.

Bayangkan apabila para pelanggan J&T yang terjejas mengetahui ada cara lain bagi mendapatkan hak mereka selain daripada terpaksa redha dengan respon yang lambat dan jumlah pampasan yang tidak berbaloi nilai barang?

Sudah tentu tak semena-menanya syarikat itu akan menerima banyak aduan daripada SKMM dan writ saman menerusi Tuntutan Kecil Mahkamah.

Ini akan memberikan masalah kerana syarikat terpaksa membayar pampasan demi pampasan dan melayan setiap satu aduan sehingga berjaya diselesaikan dengan jayanya.

Oleh kerana itu jika ada komen-komen yang memberikan kesedaran hak pengguna kepada pelanggan yang terjejas, ia bukanlah perkara yang baik kepada "poket" syarikat.

Tapi malangnya J&T tak lagi boleh mampu mengekang komen-komen sedemikian. Kerana post Puan Aida telah tular dan kini semua tahu bagaimana mereka boleh menuntut hak mereka yang dianiaya oleh J&T. 

Terima kasih diucapkan kepada pekerja J&T yang mogok itu. Kerana anda, kita dah tahu bagaimana nak lawan J&T. Ya, sebelum mereka mogok pun, dah ramai mengadu barang mereka hilang. Bukan baru-baru ini jer pun. Sebab tu patut diucapkan terima kasih. - 8 Februari 2021.