t>

Breaking News

Bukan Semua Yang Mempersoalkan Vaksin #Covid19 Ialah Antivaksin - Kenapa Perlu Paksa?

ULASAN | Dalam dunia ini bukan ada warna hitam dan putih sahaja. Warna ada pelbagai, demikian juga negara, rupa paras, bahasa, apatah lagi pemikiran.

Sudah ada satu penjenamaan ke atas mana-mana pihak yang mempersoalkan ketelusan maklumat dan keberkesanan suntikan vaksin covid19 sebagai kumpulan yang pro kepada anti vaksin.

Penjenamaan ini seperti biasa ia dilakukan bagi menyekat persoalan dan bertujuan menakutkan orang awam. Bagi mereka yang tak ingin dijenamakan sebagai anti vaksin; sudah tentu akan memberhentikan langkah mereka kerana bimbang disalahanggap.

Adakah itu betul? Kenapa golongan pro vaksinisasi ini begitu defensif? Dalam banyak perkara penulis menyokong mereka; mungkin tak bersetuju dalam satu dua hal - terus nak cop orang lain sebagai anti vaksin. Adakah begitu lemahnya hujah sainstifik mereka sehingga perlu meletakkan label bagi menjatuhkan imej sang penyoal? Bagaimana menuduh orang lain ialah menyelesaikan masalah dan merungkai persoalan? Bagaimana tindakan itu boleh menyakinkan masyarakat?

Perlu diketahui, masyarakat diberikan akses sepenuhnya bagi mendapatkan maklumat berkaitan suntikan covid19. Dan akses itu bukan tertakluk kepada maklumat-maklumat yang pro vaksinisasi malah maklumat-maklumat yang dianggap menakutkan juga.

Seperti maklumat-maklumat dibawah ini; 

1. Ini ialah kisah Sonia, mendiang berusia 41 tahun, seorang jururawat dan mati mengejut selepas menerima suntikan vaksin. Portugal sedang menyiasat kematian itu.

Sumber : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/01/772735/jururawat-portugal-maut-selepas-terima-suntikan-vaksin-covid-19-pfizer 

2.  Ini ialah kisah seorang doktor muda berusia 28 tahun. Mendiang selalu merawat pesakit covid19 dan kematian beliau dilaporkan tiada kaitan dengan vaksin namun siasatan tetap dilakukan bagi menyiasat samada mendiang ada menerima suntikan vaksin ataupun placebo kerana mendiang merupakan sukarelawan vaksin covid19.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/global/amerika-selatan/2020/10/633447/sukarelawan-uji-vaksin-covid-19-maut

3. Ini berlaku di Miami. Berita ini juga dilaporkan Utusan namun ia dipadamkan, tidak dapat dipastikan tetapi Berita Harian masih menyiarkan laporan mereka. Dr. Gregory Micheal berusia 54 tahun meninggal dunia selepas 2 minggu menerima vaksin covid19. Siasatan masih dilakukan samada berkaitan dengan vaksin ataupun tidak.

Sumber : https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2021/01/773850/pihak-berkuasa-siasat-punca-kematian-doktor-selepas-ambil-vaksin-covid

4. Ini berlaku di Washington. Enam individu dilaporkan maut dalam fasa akhir klinikal ujian covid19. 2 maut selepas menerima vaksin dalam peringkat percubaan manakala 4 maut semasa dalam peringkat placebo. Namun vaksin ini ditakrifkan memberikan keberkesanan sehingga 95%.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/topic/global/2020/12/651241/enam-maut-dalam-ujian-vaksin-covid-19-pfizer

5. Di berlaku di Norway. Pihak berkuasa Norway sedang menyiasat punca kematian 23 orang selepas beberapa hari mereka menerima suntikan vaksin covid19. Kebanyakan yang meninggal ialah warga emas.

Sumber : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/01/776978/pihak-berkuasa-norway-lancar-siasatan

6. Ini berlaku di London. Sukarelawan vaksin covid19 mengalami penyakit neurologi. Ini berita bertarikh September 2020.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/global/2020/09/622494/sukarelawan-ujian-vaksin-covid-19-alami-penyakit-neurologi

Selain vaksin Pfizer, Malaysia juga ada beli vaksin dari syarikat farmasi Astrazeneca.

Rujuk : https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/first-batch-of-astrazeneca-covid-19-vaccine-to-malaysia-expected-in-first-half-of-2021

7. Ini pula di Singapura. 3 penerima dos pertama vaksin covid19 dilaporkan mengalami masalah alergik yang teruk tetapi berada dalam keadaan stabil. Bantuan kewangan juga disediakan oleh kerajaan mereka bagi membantu penerima dos vaksin covid19 yang mengalami masalah kesihatan. 

Sumber : https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/01/780865/tiga-penerima-dos-pertama-vaksin-covid-19-di-singapura-alami-alergi

Di Malaysia, kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa pakar khas yang bertanggungjawab menyiasat dan meneliti kesan sampingan dialami penerima vaksin covid19.

Jawatankuasa itu memainkan peranan memantau kesan sampingan atau kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI), yang digariskan dalam dokumen Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan.

Antara kesan sampingan yang kerap dilaporkan adalah sakit, bengkak atau kemerahan di tempat suntikan; penat; sakit kepala dan menggigil.

Kesan sampingan lain yang turut dilaporkan adalah sakit sendi, demam, loya, rasa tidak sihat, bengkak kelenjar limfa, serta kesan sampingan yang mungkin dilapor dari semasa ke semasa.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/786677/kerajaan-tubuh-jkjav-pantau-kesan-sampingan-dialami-penerima-vaksin

Bagi tujuan penambahbaikan, negara Malaysia perlu mengikuti langkah negara Singapura, dengan menyediakan bantuan kewangan kepada mana-mana penerima dos vaksin yang terjejas kesihatan mereka selepas menerima suntikan pertama atau kedua atau kedua-dua dos.

Ini adalah apa yang tular;

Sebaran gambar di atas telah dijawab seperti berikut oleh sesetengah netizens;

- Ia adalah perkara biasa dan semua suntikan vaksin juga melalui kebenaran yang sama kata mereka.

- Vaksin sememangnya tak menjamin seseorang dari terkena covid19, demikian juga vaksin lain-lain.

Bermakna disitu, suntikan vaksin tidak mengelak jangkitan, tetapi terdedah kepada risiko. Itulah yang penulis faham mengenainya.


Sebelum ini rakyat difahamkan bahawa suntikan vaksin covid19 merupakan satu pilihan. Bagi yang mahu disuntik, mereka akan disuntik. Bagi yang tidak mahu, hak mereka akan dihormati.

Namun dengan laporan di atas, ia bukan lagi pilihan. Ia merupakan satu pemaksaan. Vaksin akan masuk ke Malaysia secara berperingkat, dan suntikan juga akan dilakukan secara berperingkat - dengan mengutamakan barisan hadapan, mereka yang berisiko tinggi dan mudah terjejas.

Dalam tempoh itu, jika menjalankan arahan pergerakan terhad, sudah tentu ia kontradiks dengan usaha kerajaan. Mana boleh pergerakan awam disekat dalam keadaan kerajaan tak ada keupayaan mahu melakukan suntikan vaksin skala besar dalam masa terdekat kepada semua pihak, itu satu point.

Point seterusnya, ia juga bercanggah dengan apa yang disampaikan kepada rakyat; bahawa vaksin ini sepatutnya diambil secara sukarela, suka sama suka, tiada unsur paksaan.

Meskipun difahami terdapat kumpulan yang sama sekali tidak boleh mendapatkan vaksin dan mereka juga punya hak untuk sihat dan selamat, tetapi itu tak bermakna mana-mana pihak yang enggan mengambil vaksin covid19 perlu dipaksa.

Kerajaan sepatutnya menggunakan kaedah pujukan dan memberikan maklumat yang lebih menyakinkan disamping memberikan jaminan  andai berlaku apa-apa yang tak diingini terhadap penerima dos vaksin. 

Berasa ragu-ragu dan was-was terhadap vaksin yang baru dicipta ini tidak salah dan tidak boleh dibayangkan seperti melakukan jenayah.

Untuk percaya dan yakinkan sesuatu perkara, seseorang perlukan bukti, perlukan maklumat, perlukan masa dan perlu kefahaman. 

Bagaimana dengan marah mereka, ugut mereka, paksa mereka, kecam dan label mereka; adalah perkara yang betul dilakukan bagi mendapatkan keyakinan awam?

Apa yang perlu kamu lakukan ialah buktikan kamu berada di pihak benar dengan maklumat dan fakta yang berupaya menyakinkan orang ramai. Jika mereka tak yakin, jangan dipaksa. Beri mereka masa, apatah lagi ini membabitkan tubuh badan mereka. Dan berhenti anggap dalam Malaysia ini, hanya antivaksin sahaja berani dan berhak bersuara dan mempersoalkan keberkesanan vaksin covid19. 

Perasaan takut dan berasa tidak yakin itu ada pada manusia tak kira bangsa, negara apatah lagi ideloginya. Tubuh badan kita kan berbeza-beza. Jadi tak aneh kenapa perasaan kita terhadap vaksin ini tak sama bagi setiap individu. - 18 Februari 2021.