t>

Breaking News

Kanak-Kanak 4 Tahun Mati Didera Teman Lelaki Ibu.

JENAYAH | Satu lagi kematian kanak-kanak dilaporkan akibat didera oleh orang terdekat. Kali ini melibatkan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 4 tahun.

Maklumat awal yang dilaporkan oleh beberapa portal tempatan;

- Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun mati angkara didera.

- Kanak-kanak itu pada awalnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah pangsapuri di Semenyih pada 18 Februari 2021.

- Kanak-kanak itu ditemui oleh ibu kandungnya yang berusia 31 tahun.

- Kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke hospital oleh ibunya dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami kecederaan di kemaluan dan terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badan.

- Siasatan awal polis, mendapati mangsa dipercayai dipukul teman lelaki ibu mangsa sehingga tidak sedarkan diri.

- Teman lelaki ibu mangsa berusia 28 tahun dan bekerja sebagai penarik kereta.

- Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dilaporkan berkata, pihak polis menerima laporan kejadian itu daripada petugas Jabatan Kecemasan Hospital Kajang pada 1.20 tengah hari berhubung kematian mangsa.

- Susulan itu, polis menahan ibu mangsa dan teman lelaki kepada ibu mangsa pada hari yang sama menerima laporan.

- Kedua-dua mereka direman enam hari bermula 19 Februari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana balai yang terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Asisten Superintendan Mohd Faizal Amir di talian 011-33319871. - 19 Februari 2021.