Wanita Langgar Mati 8 Remaja Basikal Lajak Dipanggil Bela Diri, Moga Ada Keadilan.
JENAYAH | Portal Harian Metro melaporkan Mahkamah Tinggi Johor Bharu telah memerintahkan jurujual wanita yang memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017, membela diri.
Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Shahnaz Sulaiman, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, terhadap Sam Ke Ting yang berusia 26 tahun ketika ini.
Sam berusia 21 tahun semasa kejadian.
Tertuduh
didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda selain
lesen memandu digantung, sekiranya disabit kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan, Sam didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi 18 Februari 2017.
Sebagai rekod, pada 28 Oktober dua tahun lalu, Mahkamah Majistret Johor Bahru, melepas dan membebaskan Sam Ke Ting daripada tuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak berkenaan.
Bagaimanapun, pada
10 November tahun lalu, pihak pendakwaan dilaporkan memfailkan notis
rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang melepas dan
membebaskan jurujual wanita itu.
Pengarah Pendakwaan Negeri
Johor, ketika itu, Amir Nasruddin, dilaporkan berkata, notis rayuan
difailkan pihaknya selepas mendapati dan percaya ada merit memfailkan
notis terhadap beberapa isu.
Remaja yang maut adalah;
1.Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14;
2. Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14;
3. Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16;
4. Fauzan Halmijan, 13;
5. Mohamad Azhar Amir, 16;
6. Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14;
7. Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14;
8. Haizad Kasrin, 16.
Kes ini sebenarnya mencetuskan kontroversi ketika ia dilaporkan berlaku pada ketika itu, tahun 2017 dan sesetengahnya cuba/telah menjadikan ia sebagai konflik perkauman.
Sebenarnya ia bukan isu perkauman, sebaliknya isu kemalangan.
Kalau diikutkan, berada diluar rumah pada jam 3 pagi pada anak-anak yang berusia 13 hingga 16 tahun, ia bukanlah perkara betul.
Tetapi, walaupun macam mana bersalahnya sekalipun mereka itu, mereka tak berhak mati dengan cara sebegitu.
Usia yang masih muda, naif dan baru nak belajar hidup - selagi bukan berbuat jenayah yang tiada jalan kembali, peluang kedua terpakai.
Jika, kerana kecuaian adik-adik itu, berada di tengah jalan yang boleh membahayakan nyawa mereka dan orang lain sehingga terkorban, maka tertuduh adalah mangsa keadaan. Membebaskannya pada tahun 2017 adalah betul.
Namun, jika adik-adik itu berada di tepi jalan, dilanggar sehingga mati, kerana kecuaian pemandu, tertuduh perlu menerima hukuman. - 18 Februari 2021.