t>

Breaking News

Ebit Lew Sedih Gagal Hantar Bantuan, Bina Sekolah - Doktor Tampilkan Jelaskan Perkara Sebenar.

VIRAL | Lebih dari 17,000 perkongsian di wall Ebit Lew apabila meluahkan kekecewaan kerana gagal menghantar bantuan ke pulau-pulau Semporna, khususnya merujuk kepada Komuniti Bajau Laut.

Ebit Lew : Maafkan saya gagal hantar bantuan, tangguh bina sekolah.

Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di Pulau-Pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. 

Saya tangguhkan niat bina sekolah. Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna Minta diberhentikan bantuan disekitar sini. Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun. 

Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang. Bukan sekolah saya. Tiada caj. Lebih kepada tempat nak aktiviti dan pendidikan. Sebab dekat sana tiada tempat untuk buat begitu. Dari bot jer bagi bantuan. 

Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul 7 orang guru. Semangat mereka nak mendidik. Dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua. Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke Pulau-pulau.

Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati perjuangan di teruskan.

Saya akan terus ke Tawau dan tunggu flight di Tawau. Sempurna sumbangan sedikit tempat di Tawau yang saya janji. Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah. 

Di sosial media, seorang pengguna yang juga doktor bernama Muhammad Naim Ab Razak pula tampil memberikan penjelasan tentang perkara tersebut di Facebooknya;

Jangan bersedih UEL, sebenarnya hanya pendidikan dapat bantu mereka - Muhamad Na'im Ab Razak

Takziah Ustaz Ebit Liew di atas apa yang terjadi di Pulau Tetagan, Semporna. Niat UEL baik, nak berdakwah, nak islamkan penduduk Bajau Laut dan bina sekolah serta surau buat penduduk.
Cuma rasanya, kesilapan besar dalam misi UEL adalah tidak mendapat briefing secukupnya dari orang tengah yang menganjurkan misi tersebut.

Mentaliti orang Bajau Laut (sea gypsies/palahu) di sana masih jauh tertinggal ke belakang. Mereka tu kalau 10 kali pendakwah bawa bekalan bantuan besar-besaran maka 10 kali jugalah mereka akan ‘memeluk’ Islam berkali-kali. 

Kerana itu, mereka selama ini memang dikenali sebagai ‘Islam’ dan rekod juga menunjukkan bahawa mereka itu Islam. Berkali-kali, NGO dan pendakwah Islam masuk ke sana tetapi mentaliti mereka tetap sama. Dikenali sebagai Islam tetapi masih mengamalkan kepercayaan pagan! Kerana itu, mereka harus dicerdik-pandaikan terlebih dahulu.

Gerakan pendidikan harus dilaksanakan secara meluas dan mendalam. Selagi mereka tidak menjadi golongan celik ilmu, maka situasi yang sama akan berulang-ulang di masa depan.

Selain itu, kawasan pulau tersebut adalah di bawah jagaan Taman-taman Laut Sabah dan ada undang-undang serta peraturannya sendiri. Niat UEL baik nak dirikan surau dan sekolah. 

Tapi, ia diluar kuasa UEL kerana pembinaan apa-apa struktur bangunan di sana mesti mendapat persetujuan penjaga dan waris pulau tersebut.

Malah, sebelum ini pun sudah ada beberapa insiden kekecohan berlaku di pulau tersebut menyebabkan adanya larangan pemberian makanan kepada komuniti pelahu di sana.

Mohon agar UEL tidak terasa hati, bersedih atau kecewa di atas apa-apa yang berlaku. Mungkin Ustaz boleh terus menyalurkan dana pendidikan untuk komuniti Bajau Laut. Hanya pendidikan yang mampu merubah nasib mereka. 

--

Tidak dapat dipastikan samada penjelasan beliau sah ataupun tidak namun ia sangat tular di laman sosial kini dengan lebih dari seribu perkongsian kurang dari 3 jam ditulis. - 2 Februari 2020.