t>

Breaking News

"Sebelum Masuk Rumah, Ketuk Pintu Dulu" - Pegawai Daerah Semporna Alu-Alukan Kedatangan Ebit Lew, Tak Halang Bantuan Tapi Perlu Ikut Protokol.

SEMASA | Portal Sinar Harian baru sahaja melaporkan punca sebenar kenapa usaha Ebit Lew untuk menghantar bantuan kepada komuniti Bajau Laut dan mendirikan sekolah / pusat aktiviti terhalang siang tadi.

Semua ini tiada kaitan dengan isu keselamatan ataupun kerana Komuniti Bajau Laut bukanlah warganegara seperti yang tular di sosial media.

Ia sebaliknya kerana Ebit Lew tidak mengikuti protokol yang telah ditetapkan oleh Majlis Daerah Semporna.

Demikian laporan Sinar Harian;

Tiada halangan untuk pendakwah terkenal, Ebit Lew meneruskan misi bantuan beliau tetapi perlu memaklumkan kepada pihak berkaitan sebagai tuan rumah di daerah itu.

Pegawai Daerah Semporna, Suhaimi Ejip berkata, beliau memahami niat ikhlas Ebit Lew tetapi pihaknya tidak menerima kunjungan daripada pendakwah bebas itu sendiri dan hanya memaklumkan tujuannya untuk masuk ke pulau berkenaan selain mahu mendirikan struktur untuk pembinaan sekolah.

"Saya sebagai tuan rumah mengalu-alukan kedatangan beliau dan menghargainya namun apabila kita memasuki 'rumah', kita harus mengetuk 'pintu rumah' terlebih dahulu, namun beliau tidak datang ke Pejabat Daerah Semporna.

"Sebaliknya hanya memaklumkan jadual perjalanannya melalui pembantu peribadinya dan tidak bertemu secara bersemuka menerangkan tujuan dan jabatan yang mempunyai autoriti yang membenarkan individu atau agensi masuk ke daerah adalah Pejabat Daerah,"
katanya, memetik laporan Sinar Harian pada Selasa.

Laporan itu turut menyebut, Suhaimi berkata, perkara itu perlu mengikut protokol iaitu permohonan untuk mendirikan struktur melalui proses di bawah Ordinan Tanah Bab 68 (permohonan tanah) terlebih dahulu bagi tujuan pembinaan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di kawasan pulau.

"Kita memberi sokongan moral kepada beliau sebagai Muslim namun untuk pembinaan penempatan di bawah seliaan Taman-Taman Sabah (TTS).

"Jika Ebit melalui Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT), mereka juga perlu rujuk kepada Pejabat Daerah. Kalau buat pondok sementara kita mungkin boleh benarkan atas dasar budi bicara namun jika mendirikan kelas KAFA ia bersifat kekal dan pulau itu ada pemilik atau pewarisnya,"
katanya.

Sehubungan itu, Suhaimi menasihatkan supaya pihak yang ingin melakukan perkara demikian tidak mengambil tindakan melulu dengan melengkapkan barang perkakasan pembinaan tanpa kebenaran tuan tanah terlebih dahulu.

Ketua Polis Daerah sahkan bantuan terhalang bukan kerana isu keselamatan..

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Sabarudin Rahmat ketika diminta mengulas berhubung isu pendakwah bebas itu tidak dibenarkan memasuki pulau disebabkan isu keselamatan, beliau memaklumkan perkara itu di bawah pengurusan dan kawalan serta tanggungjawab oleh pihak TTS.

"Tidak (bukan isu keselamatan). Ia hanya lebih kepada isu kebenaran masuk dalam kawasan yang diwartakan dan di bawah pengurusan dan kawalan serta bidang tanggungjawab oleh pihak TTS," katanya.

Siapa la yang memandai-mandai sebarkan berita palsu bagi mewajarkan tindakan ke atas Ebit Lew. Apa la masalah orang-orang macam tu agaknya ya. - 2 Februari 2020.