t>

Breaking News

Hari Kedua, Netizens Terus Menyerang J&T, Tak Berani Syarikat Nak Jawab Kenyataan Media Versi Google Translate.

VIRAL | Hanya mengemaskini poster di cover photo mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, kurang 10 minit, halaman rasmi J&T Malaysia menerima puluhan komen berbaur kecaman. Kini selepas hampir 4 jam berlalu, komen-komen mengecam syarikat kurier itu terus bertambah dari minit ke minit.

Semakin ramai pelanggan yang berkongsikan tangkaplayar di mana barang-barang mereka hilang, gagal dikesan atau belum dihantar sehingga ke hari ini. 

Sementara itu beberapa pelanggan yang baru menerima barang mereka pada hari ini pula menunjukkan bukti ia diterima dalam keadaan rosak dan terbuka.









Nampaknya kenyataan media versi Surat Terbuka (😂) yang dikeluarkan oleh J&T semalam tidak menunjukkan apa-apa hasil memandangkan pelanggan bukan sahaja tidak mendapat barang-barang mereka malahan diterima dalam keadaan rosak.

Jadi untuk apa buat Surat Terbuka itu? Untuk apa MINTA MAAF jika tak ada apa-apa perubahan yang bagus?

Sudahlah Surat Terbuka (sepatutnya KENYATAAN MEDIA) tersebut ditulis dalam keadaan tunggang langgang baik versi Bahasa Malaysia mahupun versi Bahasa Inggeris, berterabur.

Nampak sangat Pegawai Media dan Korporat J&T gagal menguasai dengan fasih kedua-dua bahasa utama itu sedangkan ia adalah perkara asas jika mahu berniaga di Malaysia. 

Selepas mengeluarkan Surat Terbuka Versi Google Translate semalam, wakil J&T dilihat tidak menjawab semua aduan pelanggan di Facebook dan tidak mengemaskinikan apa-apa post terbaru selain menukar cover photo. 

Kenapa agaknya? Goyang barangkali atau berfikir netizens akan senyap jika J&T senyap? Rasanya itu tidak akan berlaku. Netizens sebenarnya;

- Buat aduan ke SKMM

- Buat aduan ke Balai Polis

- Buat Aduan ke Tuntutan Kecil Mahkamah

- Beralih ke perkhidmatan lain

Kepada J&T, bye bye. - 8 Februari 2021.