t>

Breaking News

Sekolah Dibuka Semula, Ibu Bapa Zahirkan Pelbagai Reaksi.

SOSMED | Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin membuat pengumuman mengenai pembukaan semula sekolah pada petang tadi.


Berikut apa yang diumumkan menteri;

1. Murid pra-sekolah, tahun 1 dan 2 pula akan mula bersekolah pada 1 Mac ini.

2. Murid sekolah rendah Tahun 3 hingga 6 akan hadir ke sekolah mulai 8 Mac ini.

3. Bagi murid sekolah menengah kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu), mereka akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April.

4. Bagi murid sekolah menengah kumpulan B pula akan mula bersekolah pada 5 April ini.

5. Murid Kolej Vokasional untuk Sijil Vokasional Malaysia Tahun 1 (semester dua) dan Diploma Vokasional Malaysia Tahun 1 (semester dua) akan memulakan pengajian pada 1 Mac ini.

6. Sekolah swasta pula akan mengikuti jadual pembukaan sekolah kerajaan, mengikut kumpulan A atau kumpulan B.

7. Bagi sekolah antarabangsa dan IPS kategori pusat termasuk pusat tuisyen boleh dibuka bermula 8 Mac 2021.

Kenyataan oleh Menteri Pendidikan ini selaras dengan janji yang dibuat olehnya bahawa pengumuman pembukaan sekolah akan dilakukan seminggu lebih awal bagi memudahkan ibu bapa membuat persiapan dan menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

Di media sosial, ibu bapa menzahirkan pelbagai reaksi terhadap pengumuman itu. Ada yang gembira dan ada yang tidak bersetuju dengan langkah tersebut.

Antara yang bersetuju dengan tindakan KPM yang membuka semula sesi persekolahan;

Nur Alya Syafiqah Syafiqah ·
11:53 Bila nak buka sekolah. Kerja sekolah online lagi banyak dari sekolah biasa. Buka la sekolah. Kami kadang tak faham apa yang cikgu ajar.. Ada yang tak faham ada yang faham.

Luke Lok
19:38 Bagus sekolah buka, susah nak minta pelajar buka camera belajar, semua selalu camera rosak, mic rosak, tapi pelajar dalam tiktok boleh muat naik video lagi.

Nur Filzah ·
26:21 Buka la kalau tak buka sekolah kesian budak-budak. Ikut SOP kena diajar dari awal cara ikut SOP. Kalau online sampai bila tak akan nak biar mereka duduk dirumah tak bergaul dengan orang dan kanak-kanak lain bahaya untuk pembesaran. Tahniah KPM semoga dimudahkan urusan kita semua.

慧慧 ·
18:04 Singapore sudah awal buka sekolah semasa covid19 sekarang Malaysia sangat lambat belajar sudah lama tak buka 2020 sampai sekarang 2021. Harapkan terus dibuka sekolah unutk belajar. Budak itu tak tumpuan online belajar yang susah tak berapa memahami dalam online guru-guru ajar.

SueAi Mie ·
25:36 Alhamdulillahh. Semoga dipermudahkan urusan sesi persekolahan 2021 ..Amiinn

Najwa Shima ·
24:05 Alhamdulillah anak-anak dapat hadir ke sekolah.. Dapat belajar dengan lebih baik..

Salam Ainisma ·
0:00 Alhamdulillah.. semoga segala dpermudahkan Allah SWT. Untuk anak-anak kita, untuk menuntut ilmu.. Kita doakan yang baik2... Apa2 pun ikut SOP dengan norma  baru...Inn Shaa Allah..
#ujiandlmcovid19

Bagi yang tidak bersetuju mereka menzahirkan perasaan bimbang mengenai tahap keselamatan di sekolah; samada anak-anak mereka akan dijangkiti covid19 atau tidak. Ada juga yang meluahkan kekecewaan kerana dah beli gajet tetapi KPM pula umumkan pembukaan sekolah.

Pongudan Vosoi Baru je lancar TV pendidikan, ibu bapa berhabis duit beli gajet untuk anak-anak belajar online tetibe sekolah buka.. apa nie?

Noor Fatiha Jailani ·
0:00 Tolong laa kes kat area kami tengah banyak. Hari-hari ada yang kena angkut. Macam mana saya nak risikokan hantar anak ke sekolah. Kat rumah ada warga tua berisiko tinggi. Tolong la keajaiban berlaku. kes 3k ni.  

Rozmal Malakan 0:05 Memang ada kebaikan buka sekolah ni, pengusaha van dan bas sekolah boleh menarik nafas lega, pengusaha kantin sekolah boleh senyum sikit. Adakah kes Covid ni semakin terkawal dan tidak akan ada kenaikan kes mendadak maka sekolah di buka? Jika ini gambaran yang diberikan adalah sukar untuk masyarakat terutama pelajar, guru dan kakitangan sekolah untuk mematuhi SOP. Sedangkan kilang yang ada jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pun sukar untuk mengawal pekerja mereka mematuhi SOP, apatah lagi pihak lain.

Nadzirah Salehudin ·
0:03 Cadangan saja.. pakaian sekolah boleh kot pakaian bebas tapi kemas.Takdelah parents terbeban kena beli banyak kali sebab anak tak muat. Sekolah kejap buka kejap tutup. Untuk musim pandemik ni saja.

Reeve Tan ·
3:01 Strongly disagree on the move to re-open primary school. How can you ensure the safety of the school kids given the confirmed case is still high in numbers especially in Selangor and KL.

Zuwairi Md Yusof ·
0:02 Masa rakyat MARHEN berabis duit gaji, elaun, simpanan beli kelengkapan sekolah anak-anak korang pergi tutup sekolah lama-lama. Bila rakyat MARHEN yang sama bergolok gadai pinjam ahlong, ceti belikan anak tablet untuk PDPR korang pula tiba-tiba buka sekolah. Korang memang sengaja cari nahas pasal kenakan orang-orang susah? Rizal Jidin dan 2 timbalan sila bayar balik kerugian mak bapak berkenaan yang dlm bahaya diburu peminjam wang. Jangan pandai up status basuh motorsikal ja.

Nampak gayanya KPM perlu fikirkan cara terbaik untuk memuaskan hati semua ibu bapa yang kita lihat tak semestinya akan bersetuju dengan pembukaan sekolah; ataupun penutupan sekolah - kedua-dua tindakan ini akan tetap mengundang reaksi yang tidak enak. - 19 Februari 2021.