Suami Bertukar Jadi Wanita, Pasangan Dipuji Sweet - Jangan Normalisasikan Perkara Salah.
VIRAL | Hari ini pasangan suami isteri yang dikatakan berasal dari Kelantan menjadi perhatian netizens.
Kisah percintaan mereka menjadi tular dan dianggap sweet kerana sang isteri menerima suaminya seadanya walaupun telah bertukar penampilan menjadi wanita.
Kisah itu pada awalnya dikongsikan oleh pengguna Tiktok @abe_pink86; yakni suami yang telah bertukar rupa menjadi wanita.
Menurut apa yang dilaporkan oleh beberapa portal;
- Abe pink dan isterinya masih pasangan yang sah.
- Abe pink berusia 35 tahun dan bahagia dengan pasangannya.
- Abe pink mengambil masa beberapa tahun untuk mengubah penampilan.
- Abe pink dan isteri tak pernah terfikir untuk berpisah.
- Abe pink juga memohon doa semua untuk kembali ke fitrah asal.
Kisah Abe pink itu kemudiannya menerima pujian netizens. Mereka dipuji sebagai pasangan yang sweet. Isterinya juga menerima pujian ramai kerana dianggap baik, setia, sabar.
Tidak pasti kenapa Abe Pink memilih untuk mendedahkan kisahnya di sosial media.
Dan tak faham juga kenapa ada netizens memilih untuk memuji daripada menasihati. Walaupun ada yang menasihati; tetapi tindakan netizens yang memberikan pujian perlu ditegur.
Pujian-pujian itu sebenarnya mendorong dan memberikan anggapan palsu kepada Abe Pink untuk kekal berada dalam dunianya. Netizens boleh pilih untuk diam dan berpaling muka. Ataupun menasihati Abe Pink agar jangan mempromosikan perkara yang salah di sosial media. Bukannya suruh maki, kecam, hina dan kutuk. Tetapi mereka pilih untuk puji pula.
Puji-pujian inilah sebenarnya langkah pertama ke arah landasan salah. Sepertimana mereka puji sebilangan maknyah cantik, cantik, mengalahkan wanita lepas tu mereka tergedik-gedik nak beli produk keluaran maknyah. Lepas tu bila maknyah buat hal, ke Mekah, mereka meroyan kata hina Islam tapi yang bagi muka tu siapa? Yang sokong, puji dan mengalakkannya ia? Netizens lah.
Kau nak tegur, nasihat, takpe.
Ini kau puji, kau lambung mereka tinggi-tinggi bila mereka semakin jauh, kau kecam.
Jangan fikir perkara puji-pujian ini kecil dan remeh. Semuanya ini bermula dari puji-pujian. Mereka akan pergi semakin jauh kerana terbuai dengan puji-pujian.
Memang secara amnya maknyah ialah lelaki, berkahwin dengan perempuan bukan satu kesalahan.
Tetapi berpenampilan perempuan memberikan gambaran yang salah tentang watak lelaki, bapa, suami.
Jika dibiarkan, generasi selepas kita akan beranggapan, ianya ok jika bapa menjadi wanita. Ianya ok jika suami bertukar menjadi wanita. Mesej salah seperti ini jika tak dibendung dari sekarang, ia akan dinormalisasikan.
eLgiBT juga bermula dengan sokongan dan puji-pujian orang awam. Dan kini mereka establish sebagai komuniti dan mempunyai sokongan kuat, juga dari orang awam.
Demikian juga drama-drama dan filem-filem 18SX. Ia telah dinormalisasikan dan beranggapan ianya ok jika ditonton oleh orang dewasa, sedangkan aksi-aksi seperti itu tidak mendatangkan nilai tambah kepada penontonnya melainkan nafsu dunia.
Demikian juga puji-pujian kepada maknyah. Memakai baju wanita, perhiasan, alat make up, ia bukan perkara betul. Jika pasangan itu ada ahli keluarga dan anak-anak, ia akan beri kesan emosi yang mendalam dan mempengaruhi pemikiran mereka.
Pasangan itu sepatutnya dinasihati untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan berjumpa pakar, bukannya merujuk kepada media sosial. Dan berharap juga ia bukannya taktik marketing viral nak jual produk. - 18 Februari 2021.