t>

Breaking News

Individu Pertahankan Dakwaan, Dikompaun RM10,000 Ketika Makan Di Restoran.

VIRAL | Seorang lelaki yang dikenali sebagai Zachary Yeoh mempertahankan kenyataan bahawa beliau sememangnya dikompaun ketika sedang menikmati hidangan di sebuah restoran yang tidak dinamakan.


Menurut Zach, beliau dan Samantha tiba di restoran pada 11.14 pagi dan ketika itu masih memakai mask.

11.16 pagi, air kemudiannya sampai, jadi mereka berdua menanggalkan pelitup muka.

11.37 pagi kemudiannya, sekumpulan penguatkuasa seramai 10 orang muncul dan melakukan pemeriksaan.

11.38 pagi, penguatkuasa telah meminta kad pengenalan Zach dan Samantha dan mengeluarkan surat kompaun tanpa memberikan ruang kepada Zach dan Samantha untuk membuat penjelasan.

12.30 tengahari, kedua-duanya disaman RM10,000.

Zach menulis mengenai perkara itu di Facebooknya namun mengundang pelbagai reaksi.

Ada yang percaya dan ada yang mendesak Zach menunjukkan bukti surat kompaun.

Zach bagaimanapun enggan berkongsikan butiran tersebut kerana beranggapan ia adalah maklumat peribadi.


Zach juga memberitahu pada hari beliau disaman, beliau ada melakukan pemeriksaan suhu dan membuat check in via MySejahtera.

Setakat 12 Mac 2021, PDRM mengesahkan sebanyak RM330 pesalah PKP telah dikenakan kompaun sebanyak RM10,000.

Menurut Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, keputusan menaikkan nilai kompaun itu bukanlah untuk menghukum orang ramai secara berlebihan atau membolehkan kerajaan mengutip wang daripada orang ramai sebaliknya untuk individu yang mengulangi kesalahan SOP PKP sama. - 14 Mac 2021.