t>

Breaking News

Jangan Sebar Fake News Doktor Hamil Positif #Covid19 Meninggal Dunia.

SOSMED | Tidak benar Doktor Fatihah dan anak yang dikandungnya meninggal dunia.

Semalam Page Public Health meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan buat Dr. Fatihah yang dijangkiti covid19. Doktor Fatihah juga dilaporkan mengandung 7 bulan. Kisah Dr. Fatihah itu mendapat perhatian ramai netizens yang bersimpati dengan kakitangan KKM yang terpaksa bekerja membendung wabak covid19 meskipun sarat mengandung.

Beberapa hari sebelum kisah Dr. Fatihah didedahkan, seorang jururawat KKM meninggal dunia selepas bertarung nyawa melawan covid19. Jururawat itu juga mengandung dan dilaporkan dijangkiti covid19 daripada pesakit.


Kisah jururawat itu mendapat simpati netizens yang turut mempersoalkan kenapa KKM tugaskan ibu mengandung untuk menguruskan pesakit covid19.

Mungkin ada netizens yang tersalah sangka dan beranggapan arwah Aishah adalah Dr. Fatihah memandangkan kedua-duanya bekerja di KKM dan sarat mengandung, lalu menyebarkan dakwaan Dr. Fatihah meninggal dunia.

Laporan tidak benar itu menyakiti keluarga Dr. Fatihah dan netizens yang menyebarkan laporan tidak benar itu eloklah berhenti forward mesej WhatsApp atau post di mana-mana platform media sosial.

Dr. Fatihah dan anaknya berada dalam keadaan stabil.



Terus doakan yang baik-baik dan berhenti sebarkan berita tak sahih. - 7 Jun 2021.