t>

Breaking News

Isu Faiz Persoalkan Solat Agong - Suatu Ulasan.

Oleh : Mufarwa Farid.

Aku faham, niat brader yang menulis buruk tentang YDPA tu untok beritahu kita bahawa, kerja seorang pemimpin rakyat bukan sahaja beribadah, namun yang pentingnya adalah dia buat kerja sebagai seorang pemimpin. Cuma, brader ni memberikan pendapat dia dengan nada yang cukup tak kena.


1) YDPA Sultan Muhammad V baru sahaja beberapa hari jadi Agong. Awal-awal ni kau nak dia tunjukkan dia buat kerja apa? Tak sampai seminggu baginda ditabalkan. Office pun belum habis kemas lagi agaknya. Takkan baru ditabalkan, esoknya terus buat pengumuman GST dihapuskan? Sabarlah dulu. 

2) Kedua, selama harini baginda jadi Pemangku dan Sultan Kelantan, takkan dia tak menepati 'ciri-ciri pemimpin' yang kau mahukan? Nak kritik-kritik Agung, tapi tak selak apa yang baginda dah lakukan sepanjang menjadi ketua negeri, payah juga sebenarnya. 

3) Ketiga, hang dok sibuk cerita pasal soleh social dan soleh spiritual. Sekarang ni isu dia adalah, YDPA Sultan Muhammad V ni lemah sangat ke memerintah sampai dia kekurangan soleh social ni? Selama baginda jadi pemimpin Kelantan, kerja baginda lepak Masjid 24 jam ke tanpa pedulikan isu rakyat? Patutnya kita patut sangat berbangga ada juga pemimpin yang tunjukkan sikap sederhana dan zuhud. Baginda pergi solat tanpa protokol tu merupakan satu anugerah tak ternilai bagi rakyat Malaysia. 

Korupsi pemimpin yang kita nak lawan sangat tu datangnya dari maksiat pemimpin, kau tau? Pemimpin minum arak, merasuah, main judi, main perempuan, jadi kepala gengster, ini semua akar dan cabang kepada korupsi pemimpin yang kau, dan kita semua nak lawan. Apabila datangnya seorang YDPA yang warak dan zuhud, ini sebenarnya satu petanda yang amat baik untok mengekang kemaksiatan pemimpin-pemimpin di Malaysia. 

Paling tidak, kita bersangka baik, bahawa Sultan Muhammad V ini tidak ambil rasuah, minum arak, main judi dan main perempuan, dan seterusnya ia jadi satu tarbiyah (ayat budak usrah hey!) kepada pemimpin-pemimpin kerajaan yang lain. Kesannya? Kemudaratan ke arah korupsi itu bakal berkurangan dengan wujudnya ciri-ciri pemimpin seperti YDPA Sultan Muhammad V. 

Kita semua impikan situasi di mana korupsi pemimpin itu berkurang. Jadi, dengan adanya Sultan begini, ia satu harapan bagi kita semua bahawa keadaan pemimpin zero-corruption yang kita impikan selama hari ini bakal tercapai. 

4) Kau perlu sedar bahawa yang mengagung-agungkan cerita baginda solat berjamaah di Masjid, pergi sana sini takde protokol dan nampak zuhud berbanding sultan lain, bukanlah baginda sendiri. Tetapi media yang dipunyai rakyat. Di media sosial. Bukan salah bagindalah cerita baginda pergi masjid ni digembar-gemburkan. Baginda buat macam Muslim lain perlu buat iaitu solat fardhu. 

Bezanya, kali ini rakyat sukakan cara baginda solat kerana baginda ke Masjid tanpa protokol. Jadi,rakyat pun luaskanlah lagi isu ni. Kalau baginda memang panggil wartawan sebab nak buat baginda sedang solat, itu wajarlah dikutuk. Ni, baginda buat apa yang sepatutnya Muslim buat, iaitu solat! Takkan solat fardhu pun nak gelar 'ahli ibadah'? Nak marah-marah baginda sebab solat tu dah kenapa? 

5) Ini media sosial bro. Kau tulis apa benda pun, orang perhati dan orang boleh cilok bila-bila masa. Kalau kau rasa tak berapa kena dengan cara YDPA, sebelum tulis kat Facebook, fikir dulu, tulisan kau ni bakal dapat reaksi negatif atau positif. 

Ya, tak salah kau nak bagi pendapat. Tapi pendapat yang sebegitu sangat tak kena kerana isi-isinya pun boleh dipatahkan dengan hujah dan persoalan yang aku bagi kat atas ni. 

Tengok, disebabkan terlalu ikut jiwa rebel, satu Malaysia sedang kutuk kau. Kami semua faham bahawa setiap manusia tidaklah sempurna. Kami pun akui, YDPA Sultan Muhammad V ada kekurangannya. Mustahil YDPA tidak ada kekurangannya. Namun, apa salahnya rakyat ingin meraikan kemunculan seorang pemimpin negara yang sedikit berbeza, tatkala dalam negara ini, pemimpin dijulang seperti superstar, padahal sepatutnya pemimpin yang menjulang rakyat seperti superstar. 

6) Ya, betul. Kita perlukan pemimpin yang benar-benar boleh memimpin, bukan hanya solat solat dan solat. Namun, untok membuat 'innuendo' kepada baginda YDPA sebagai seorang pemimpin yang tahu solat tapi tak tahu memimpin, ini satu tuduhan yang agak keras. 

7) Nasib baik hang dah minta maaf. Tak apalah. Kau pun dah sedar benda ni salah. Tapi, aku kena tulis benda ni pada public juga sebab bukan kau seorang saja ada pemikiran macam tu. Ramai sebenarnya. Tapi dalam ramai-ramai tu, kau sorang je berani luahkan kat Facebook. Jadi, tulisan ni bukan nak hukum dan burukkan kau dah,melainkan nak bagi peringatan kepada diri aku sendiri, dan kawan-kawan yang membaca status ini. 

8) Bagi yang membaca status ini, lepas habis baca status ini, eloklah kiranya kita maafkan brader ni. Dia dah sedar dah pun kesalahan dia. Kutuk banyak mana pun, tak dapat apa pun pada kita. Macam aku cakap tadi, aku tulis ni bukan nak hukum atau burukkan dia. Tapi nak kita semua sedar, apa sepatutnya kita perlu belajar daripada isu yang dia timbulkan ni. 

Allahuakbar!