t>

Breaking News

Krisis Syria - Kaitannya Dengan ISIS, Sunni & Syiah Yang Anda Patut Tahu. #AleppoIsBurning

Penjelasan yang baik bagi menerangkan bahawanya kelompok yang berperang di Syria sebenarnya terdiri daripada pelbagai kumpulan yang berbeza-beza prinsipnya.
Ini menjadikan krisis perang di Syria menjadi lebih sukar untuk dihurai kepada umum kerana keadaan peperangannya yang kompleks disebabkan pelbagai faktor yang bercampur-baur.
Namun sekurang-kurangya anda patut tahu ISIS tidak bersama rakyat Syria. Rakyat Syria juga langsungnya tidak bersama ISIS. ISIS hanyalah kumpulan penyibuk yang berada di tengah-tengah kemelut atas tujuan yang tidak dapat dipastikan "secara tepat".
ISIS hanyalah sebilangan kelompok kecil di Suriah...
Kegilaan ISIS dan tumpuan yang diberikan di dada-dada media (sosial dan tradisional), menjadikan segelitir kita melihat, seakan-akan ISIS mewakili gerakan yang menentang Bashar...

Tak semua yang angkat senjata melawan Bashar itu ISIS.
Bahkan, Rakyat lebih awal angkat senjata, setelah perhimpunan-perhimpunan aman berakhir dengan tembakan, tahanan diseksa dengan eletrik, api, asid dan dibunuh. Akhirnya rakyat memilih mengangkat senjata, setelah lebih 6 bulan revolusi secara aman di balas dengan darah oleh regim Assad.
Terkini, ada netizen yang men'justify'kan regim Assad yang berjaya menguasai timur Aleppo (Halab), sebagai satu kejayaan dan pengaruh ISIS berjaya di kurangkan... Assalamualaikum kawan, Timur Aleppo dikuasai oleh tentera rakyat (Ahrar Sham).
ISIS sebenarnya disertai oleh lebih ramai orang luar (foreigner) yang berminda ekstrim. Lebih melucukan, golongan ekstrim ini datang negara orang nak buat *negara Islam* (yang terseleweng dari intipati ajaran Islam yang sebenar), dengan jalan kezaliman.
Walau apa pun teori yang melingkupi kewujudan ISIS, ISIS itu sendiri telah mengkhianati perjuangan pembebasan Syria dan memberikan 'kemenangan' kepada Regim Bashar, untuk menutup kejahatan mereka yang 1000x lebih jahat dan kejam dari ISIS.
Pejuang sebenar, adalah rakyat Syria. BUKAN ISIS (yang kita tak tahu dari celah mana datangnya). Dan ISIS atau apa pun alasan diberi, ia bukan lesen regim Bashar untuk terus membunuh & merogol rakyatnya sendiri.
Hasbunallahu wa nikmal wakil.

"Ini perang Sunni - Syiah atau Rusia - Amerika, bro?"


"Sentimen Sunni - Syiah dijadikan elemen untuk mengapi-apikan keadaan peperangan di Syria. Sentimen Sunni - Syiah juga digunakan bagi membentuk blok sokongan".


"Rakyat Syria pun ada penjilat macam.. "



"Syiah hanya sekitar 9 - 10% je di Syria.."


Secara ringkasnya, kerajaan Basyar menggunakan sentimen agama (antaranya) bagi mendapatkan sokongan untuk menghalalkan kekejamannya ke atas rakyat. Mereka menggunakan hujah seperti krisis perang ini melibatkan kuasa Amerika bagi melemahkan Islam, bagi melemahkan Syria (Syria lemah, Syiah lemah kononnya) yang seterusnya membuatkan blok Syiah berkecenderungan menyokong Basyar atas faktor sentimen.

Amerika akan masuk campur dalam pentadbiran Syria dan menjadikan Syria sekutu kuat Amerika bagi mendapatkan hak campur-tangan dan lebih kuasa dalam perebutan Wilayah Crimea di antara Ukraine dan Rusia.

Rusia sangat 'sayangkan' Crimea atas dua faktor utama iaitu ;

1. Pangkalan Ketenteraan.

2. Pipeline minyak


Dalam satu tinjauan (bancian), majoriti Crimea memilih mahu kembali kepada Rusia. Namun, sebagai negara yang berdaulat, Ukraine tidak mahu membiarkan perkara itu berlaku.

Baginya, satu-satu negeri tidak boleh dengan sesuka ahti ke sana ke mari mengikut kehendak ahti sesetengah pemimpin politik yang dipengaruhi oleh sesuatu negara (dengan mendapat manfaat). Ukraine dulu suatu ketika adalah proksi kepada Rusia sebelum pemimpin baru mengaliha-alih dan memilih bersama Amerika. Dengan menggunakan pengaruh Amerika juga, Ukraine menghalang "perpindahan" Crimea kepada Rusia.

Jika, pentadbiran Syria jatuh kepada pengaruh Amerika, ini sudah tentunya akan melemahkan kuasa dan pengaruh Rusia di blok Timur Tengah.  Rusia tidak suka dengan keadaan itu kerana semakin Amerika berpengaruh, semakin Rusia hilang pengaruh.

Apa yang menjadi mangsa ialah rakyat Syria. Sebahagian rakyat Syria sebenarnya mahu keluar dari pentadbiran kuku besi, zalim lagi diktator oleh rejim Basyhar. Pentadbiran Basyar tidak boleh dikritik jika dikritik rakyat akan menerima akibat yang teruk seperti dipenjarakan, dihukum mati dan dibunuh. Basyar dengan jahatnya memesongkan perang berpunca atas dasar keagamaan semata-mata mahu menutup kezalimannya.

Amerika memainkan peranan menghasut (mengapi2kan sentimen perang) supaya Basyar kalah. Bukan kerana bersimpati dengan keadaan di Syria. Blok pro Basyar melihat campurtangan Amerika sebagai suatu ancaman. Itu belum lagi Amerika dengan kekuatan medianya.

Manakala Rusia, menambahkan kekusutan keadaan perang di Syria dengan membantu Basyar melebarkan kezalimannya terhadap rakyat sendiri. Rusia juga bertindak menembak peluru berpandu dari pesawat perang. Hospital, sekolah, kanak-kanak, orang awam dan penempatan rakyat menjadi mangsa. Dan seperti Amerika, Rusia juga menggunakan media bagi mengucarkan-kacirkan pemikiran masyarakat dalam dan luar negara.

Ini semua berlaku kerana Basyar enggan mengaku kalah dan berundur dari puncak kuasa. Dia mahu terus berkuasa, mahu terus mentadbir Syria dengan caranya tersendiri tanpa peduli samada caranya menindas mahupun menzalimi rakyatnya.

Peperangan di Aleppo bermula hanya kerana sekumpulan anak muda mengkritik Basyar dengan grafitti.

Yang seterusnya menjadi besar dan berpanjangan selama hampir 5 tahun. Ia telah membunuh ramai rakyat yang tidak berdosa. Dan lebih teruk campurtangan beberapa pihak yang mengusutkan keadaan perang di Syria sehingga menghilangkan keaslian dan punca sebenar rakyat Syria bangkit berjuang mempertahankan hak mereka. 

Ia bukan tentang Sunni, ia bukan tentang Syiah, ia bukan kerana mahu menjadi proksi Amerika, ia juga bukan kerana enggan bersama Rusia, rakyat Syria hanya mahu pemimpin yang adil dan saksama, pemimpin yang amanah dan buat kerja dengan betul demi kebaikan bersama. Malangnya, suara mereka telah ditenggelamkan dan peperangan ini dibayangkan seperti Sunni VS Syiah ataupun Rusia VS Amerika. Rakyat Syria yang terzalim itu terus dizalimi.