Kenapa Yuri menghilang selepas mengaku diliwat oleh Anwar Ibrahim?
Nama Yuri Arianto tiba2 menjadi sangat popular di malaysia dalam beberapa jam neh sejurus pengakuan nya secara terbuka yang mengaku diliwat oleh Anwar Ibrahim disiarkan oleh beberapa bloggers umno termasuklah blogger taipingmali. Malahan blogger taiping mali antara blog yang paling awal update isu neh seawal jam 6 pagi jika waktu yang dipaparkan di blognya adalah tepat.
Oleh kerana Yuri membuat pengakuan secara terbuka menerusi facebook, maka ramai lah orang mencari dia bagi mendapatkan kesahihan berita terbabit. Apatah lagi bila blogger umno sendiri bercadang agar kes neh disiasat oleh polis. Ini sekaligus meningkatkan minat orang ramai bagi mencari kebenaran disebalik pengakuan dia diliwat secara terbuka oleh Anwar Ibrahim.
Tapi apa yang peliknya pemilik account facebook yuri arianto tiba2 hilang tanpa dikesan. Selepas sahaja berita tentangnya kecoh di internet, dia menghilangkan diri dengan terminate account fb nya. Kenapa ini berlaku? Adakah dia sedang ketakutan?
Jika sungguh diliwat dan berani pula mengaku diliwat, nak takut apa lagi kan? Melainkan ia satu lagi fitnah yang datangnya dari blogger umno. Blogger taiping mali neh adalah antara 3 bloggers lain yang sama2 turut serta dalam menfitnah ustaz azhar idrus.
Ingatkan mereka belajar dan ambil iktibar sesuatu dari situ apatah lagi blogger taipingmali neh adalah seorang cikgu tapi rupanya dia tak belajar apa pun. Dia masih lagi tegar menfitnah orang2 yang dia benci. Tak suka kan seseorang itu adalah hak dia sepenuhnya tetapi itu bukan bermaksud dia boleh menfinah mana2 orang yang dia tidak suka.
Untuk rekod, kawan kepada pemilik gambar yuri telah membuat pengakuan bahawa yuri sebenarnya tidak wujud. Yang wujud ialah YULI ARIANTO. Dan Yuli neh tidak pernah diliwat oleh dsai. Dari mana dan kenapa gambar dia digunakan sebagai accout fake dan kemudiannya mengaku diliwat, hanya orang2 yang melakukan perbuatan seperti neh sahaja yang tahu.
Nasihat aku kepada bloggers umno. Jangan serang peribadi lawan. Berdebatlah guna hujah. Kalau sungguh nak pertahankan umno, please.. gunakan standard tertentu dalam berposting. Bai.
Sozcyili : Lepas neh sapa mengaku diliwat pula?