t>

Breaking News

Takde Idea Agaknya Sampai Mempersendakan Nama Bapa Sindir Netizens Pada Pengacara GGV.

Nampaknya pengacara Gema Gegar Vaganza tidak mengambil iktibar menerusi kontroversi yang pernah terpalit ke atas pengacara rancangan Sukan Tak Sentral beberapa minggu sudah, iaitu Azizul Ammar Abu Hassan di mana pengacara tersebut dikenakan tindakan setelah perbuatan beliau mempermainkan nama bapa Watson Nyambek telah menyinggung perasaan bekas juara pelari pecut negara itu.

Menerusi perkongsian Ummu Hani, individu yang menonton rancangan GGV pada episode lepas menyuarakan ketidakpuasan hati beliau terhadap tindakan Fikri, salah seorang peserta yang bakatnya dicungkil menerusi rancangan Lawak Solo suatu ketika dahulu.


Ummu meluahkan perasaan terkilan apabila seorang pengacara sewenang-wenangnya mempermainkan nama bapa orang.

Portal hiburan terkenal, Ohbulan! pula melaporkan semasa program tersebut berlangsung, Fikri beberapa kali cuba buat lawak yang tak berapa nak lawak. 

Antaranya menyebut Fattah Amin Rabbal Aalamin, gelaran ‘Anak Amir reka’ kepada Diana Amir. Pantun beliau semasa memanggil Hafiz Hamidun untuk membuat persembahan juga turut dipertikai netizens.

Mungkin Fikri mahu mengacara dengan santai dan cuba menghiburkan penonton dengan lawak-lawaknya namun sayangnya netizens merasakan lawak tersebut agak keterlaluan. 



Mempermainkan nama bapa artis, bentuk fizikal mahupun rupa paras bukanlah perkara baru di Malaysia. Malahan pernah ada drama untuk mengejek individu yang bermata juling dan jongang. Industri seni merasakan ianya seni dan harus dilihat dari kaca mata hiburan, namun agaknya apa perasaan mereka yang OKU pekak, buta, mahupun jongang apabila label-label sebegitu digunakan bagi tujuan membuat lawak bodoh? Fikirkan. - Sozcyili.